Susulan memuat naik video yang didakwa telah menyinggung hati bangsa lain, penyampai radio bagi segmen 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Era, Nabil mengakui tindakan mereka itu telah telah menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak terutamanya buat banga India.

“Kami Di 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era, baru-baru ini.

“Berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India,” katanya.

Ads

Ambil Iktibar & Jadi Pengajaran

Sementara itu, Radin menyifatkan insiden ini sebagai satu pengajaran dan akan berusaha perbaiki kesilapan mereka pada masa akan datang.

“Sebenarnya, kami juga mengakui kesilapan dan kekhilafan kami. Kami juga akan pastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” kongsinya.

Terbuka Terima Teguran

Pada masa sama, Azad turut memaklumkan radio Era sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan teguran dalam apa juga perkara yang mereka lakukan.

Ads

“Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen atau kritikan untuk memperbaiki lagi diri kami terutama daripada pendengar setia kami di radio Era.

“Sekali lagi, kami menyusun 10 jari memohon maaf di atas kesilapan tanpa sedar yang telah kami lakukan. Kami mohon maaf sangat-sangat,” katanya.

Ads

Terdahulu, tular di media sosial sepotong klip video yang memaparkan Azad seakan sedang melakukan satu pergerakan tarian sambil disorak oleh rakan-rakan penyampai yang lain.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dikatakan telah menyinggung perasaan orang lain kerana ia melibatkan acara keagamaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Era.je

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI