Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perkara itu disahkan sendiri Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa menerusi laporan Harian Metro.
Ahli perniagaan itu pada masa sama menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi.
“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.
“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.
“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting.
“Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Nabila turut menjelaskan, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz. Sebaliknya, mereka kini saling bertukar pendapat dan masih berkawan.
“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.
“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya.
“Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya yang turut menyifatkan Sharnaaz sebagai ayah yang baik kepada Jebat.
“Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira.
“Yelah siapa lagi nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.
Tedahulu selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 lalu dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, dua tahun.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI