“Kami Berbeza Pendapat & Ideologi, Sebab Itu Tak Boleh Jadi Pasangan…Tamat,” – Sharifah Sakinah

Share

Sejak malam tadi, nama pelakon sensasi, Sharifah Sakinah menjadi bualan susulan perkongsian terkini yang dikongsikan di Instagram, pada Khamis.

Sambil memuat naik foto bersama suami, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, menulis kapsyen mengenai kepercayaan, ideologi serta perspektif yang berbeza.

“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.

“Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Bagaimanapun, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini tidak mengulas lanjut motif sebenar dia memuat naik posting berkenaan.

Malah, Sakinah juga menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Sekadar informasi, Michael, 42, dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari.

Sakinah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha.

Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah

Published by
Aizam Manaf