“Dia datang ke rumah bersama pengurus, kami berbincang dan tiga hari selepas itu dia ke studio masukkan vokal.” Itu kongsi penyanyi, Datin Alyah yang muncul menerusi single, Thank You Allah yang menampilkan pendakwah bebas, Haris Ismail (PU Riz).
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 40, Haris terbabit di dalam single berkenaan menerusi monolog dalam Bahasa Melayu dan Arab.
Turut sama ditampilkan di dalam lagu ciptaan Omar K dan Ikhawan Fatanna itu ialah rapper, Cat Farish.
Berkongsi lanjut mengenai penglibatan suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu, Alyah senang dengan komitmen pendakwah terbabit meski dia pastinya miliki jadual yang padat.
“Terima kasih dengan kerjasama yang diberikan pihak Haris. Perbincangan itu boleh dikatakan mudah dan perancangan itu berjalan dengan lancar meski saya percaya komitmennya terhadap perkara lain juga perlu diutamakan.
“Saya percaya kepada rezeki dan ‘jodoh’. Malah saya rasa untuk lagu ini, suaranya memang sesuai. Itu adalah tuah saya juga bila kami pertama kali lakukan projek ini. Moga ia dapat diterima dengan baik,” katanya kepada MH.
“Kita tidak selalunya sependapat. Misalnya saya menyanyi untuk mengikut citarasa pendengar ketika ini sementara suami pula lebih kepada soal teknikal. Jadi ada ketikanya kita bercanggah di situ.
“Akan tetapi, pada akhirnya dia sedar ‘itulah’ saya, this is you katanya. Dia ada juga berikan pendapat dan saya sedar pemuzik yang seangkatan dengannya memang ditil terhadap setiap posisi lagu, lenggok dan sebagainya.
“Saya bertuah kerana ‘duduk’ di dalam dua era yang berbeza dan saya sebolehnya cuba adukkan ia dalam lagu-lagu saya,” katanya yang baru sahaja melakukan penggambaran muzik video lagu berkenaan di Langkawi.
https://www.youtube.com/watch?v=BGK7uOeIS0E
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI