Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui dia masih mengharap dan kedua-duanya sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan yang terputus di tengah jalan itu.
“Sebenarnya saya masih berharap. Saya tidak mahu mengesahkan diri masih single. Hati saya masih dengan si dia.
“Saya nak cuba selagi boleh. Kami berdua masih berhubung dan saya berharap agar hubungan ini dapat dipulihkan semula,” ulasnya mengakui sukar melupakan cinta yang dibina sejak enam tahun lalu.
Walau bagaimanapun, ulas anggota De Fam ini, dia tidak mahu mengesahkan sebarang status kerana tidak mahu membelakangkan pihak di sana.
“Saya hanya mampu berharap dan biarkan ia berlaku dengan sendiri. Kalau ada jodoh saya bersama dia, adalah.
“Kalau tak ada, kita tengoklah macam mana,” tuturnya sewaktu ditemubual MH.
Terdahulu, hubungan cinta pelakon Seribu Rindu ini dengan kekasihnya, Yasser Khan putus di tengah jalan baru-baru ini apabila Azira dikatakan mahu fokus kepada kerjaya.
Foto – MH
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI