Persoalan mengenai seorang pelawak yang ditahan reman oleh pihak polis pada Isnin lalu akhirnya terjawab.

Memetik laporan Mstar, pelawak Mamat Sepah mengakui dia dan isteri Nordiana Ibrahim merupakan dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran makluman dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad memberitahu, dia dan isteri telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan.

“Kami Beri Kerjasama Penuh,” – Mamat & Isteri Dibebaskan Atas Jaminan Polis, Serah Kes Kepada Peguam

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.

“Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya seperti yang dipetik.

Bagaimanapun isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala pelawak itu pula pada petang Khamis.

IKLAN

Pasangan ini dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kami Beri Kerjasama Penuh,” – Mamat & Isteri Dibebaskan Atas Jaminan Polis, Serah Kes Kepada Peguam

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan lawak Sepah ini enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dalam penyebaran maklumat itu.

“Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” ujarnya.

IKLAN

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris memberitahu kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis.

Lantaran itu, Fadhli meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu proses siasatan pihak polis terhadap anak guamnya.

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

IKLAN

“Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan seorang pelawak ditahan bersama isterinya bagi membantu siasatan penyebaran maklumat di aplikasi telegram berkaitan gambar lawatan
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 danSeksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Isteri Mamat merupakan seorang anggota polis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mamat Sepah & Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI