Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ada berkongsi memori foto sewaktu bercuti bersama suami yang juga merupakan seorang penyanyi, Aliff Aziz lebih kurang setahun yang lalu.
Menurut Bella, dia bersama anak-anak akan sentiasa setia menunggu Aliff sehingga tamat menjalani tempoh hukuman.
Malah, penyanyi lagu Tenang itu turut mendedahkan bahawa anak keduanya, Ara Adreanna sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan bapanya itu.
“This pic was taken last year. We’ll be waiting for you patiently b.
“Stay strong and please know that we loves you so much!
“(And your beautiful princess @araadreanna tak sabar nak jumpa her daddy tau),” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Bella menerusi akaun Instagram miliknya.
Bersama posting tersebut, Bella turut dilihat meletakkan tanda pagar #countingdays
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella selain turut mendoakan agar segala urusan keluarganya dipermudahkan.
Terdahulu, menurut laporan Berita Harian, Aliff telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan turut dikenakan denda sebanyak RM 1,518 ($500) selepas didapati bersalah kerana mencuri serta berkelakuan tidak senonoh ditempat awam oleh Mahkamah Singapura pada Selasa.
Sumber: Instagram Bella Astilla