Ekoran daripada pengumuman penundaan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bulan lalu, AJL35 kini dijadualkan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada hari Ahad, 14 Mac 2021, 9 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh pihaknya sudah bersedia untuk melangsungkan anugerah muzik berprestij itu dalam situasi yang baru.
“Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.
“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu.
“Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.
Ads
“Walau bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Terdahulu, AJL35 yang bakal dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya yang disebabkan oleh pelanjutan tempoh PKP.
Ads
Tarikh baharu AJL35 ini juga telah disebut oleh Awal Ashaari ketika bersiaran secara langsung dalam Melodi, Ahad lalu.
Saksikan juga Debaran AJL35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35.
Debaran AJL35 ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 5.30 petang, Sabtu, 13 Mac 2021 di TV3.
Ads
Selain itu, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar Lounge AJL35 bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada hari Sabtu, 14 Mac 2021 pada pukul 8.30 malam di TV9.
Layariwww.anugerahjuaralagu.com serta laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur untuk maklumat lanjut.
Sebanyak 12 lagu diumumkan layak ke AJL tahun ini iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gundah (Ernie Zakri).
Empat lagu lain yang turut mara ialah Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
Foto: TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Memang Sandra yang mahu warna begitu dan kami berbincang.”
Demikian kata pereka fesyen, Ezuwan Ismail sebagai mengulas komen segelintir netizen yang menyifatkan pemilihan warga untuk gaun malam (evening gown) yang bakal diperagakan Sandra, 23, di Pertandingan Miss Universe ke-73, November depan sebagai kurang menyerlah.
Menurut Ezuwan, 42, mereka sama-sama berbincang untuk menghasilkan persalinan terbaik dan yang paling penting, ia memberi keselesaan dan keyakinan kepada pemakai, iaitu Sandra sendiri.
“Ramai yang tanya mengapa pilih warna sedemikian dan sebagainya. Sebenarnya memang Sandra yang mahukan warna begitu dan kami berbincang. Lalu saya kata okay selepas dia rujuk pada saya. Tak ada masalah.
“Untuk segmen tersebut, kalau tak silap temanya ialah ‘reach to the star’. Jadi kita selitkan dengan elemen bintang dalam rona keemasan pada busana berkenaan,” katanya.
Pada masa sama, Ezuwan turut berkongsi mengenai pemilihan fabrik yang digunakan.
“Sandra juga mahukan tunjuk kakinya yang panjang dan rasanya itulah elemen kebiasaan dalam pertandingan ratu cantik, begitu juga dengan rekaan gaun malam. Kebanyakan menggunakan kain net (jarang).
“Ada juga yang tanya kenapa tidak menggunakan kain net yang sama nada dengan warna kulit dan mengapa pakai warna krim? Sebenarnya memang kita mahu guna warna tersebut.
“Jadi saya tak nafikan banyaklah terima pendapat dan idea daripada warganet di media sosial. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Saya pun tidak menyalahkan mereka,” katanya lagi.
Terdahulu, busana national custom dan evening gown yang dihasilkan Ezuwan khas untuk digayakan Miss Malaysia Universe 2024 itu menerima reaksi pelbagai warganet selepas ia dipertontonkan kepada umum.
Meski ada yang memuji, tidak kurang yang menyifatkan rekaan tersebut kurang menyerlah untuk digayakan di pentas berprestij itu.
Ezuwan bagaimanapun mendedahkan dia sebenarnya mereka tiga persalinan buat wakil Malaysia itu, termasuk satu gaun rahsia ‘secret gown’ yang hanya akan diperkenalkan pada malam kemuncak.
Edisi Miss Universe ke-73 bakal berlangsung di Mexico City, pada 16 November 2024 (17 November waktu Malaysia).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Seri Maria Farida mendedahkan dirinya langsung tidak rasa terkesan atau fobia dengan sebarang perubahan yang berlaku keatas dirinya yang disebabkan oleh faktor penuaan.
Menurut Datin Seri Maria, dia lebih rela bersikap jujur dengan diri sendiri berbanding melakukan prosedur-prosedur moden.
“Sebenarnya apa yang nak kita takutkan. Umur meningkat adalah satu kelebihan. Bukan semua orang dapat meningkat usia tanpa sebarang masalah.
“Saya sejenis yang tidak bergantung kepada prosedur seperti ‘cucuk’ atau buat sebarang pembedahan. Saya tidak mahu lakukan semua itu. Saya mahu ia jadi secara natural.
“Biarlah kita meningkat usia tanpa sebarang masalah. Setidak-tidaknya kita jujur pada diri sendiri,” katanya kepada MH.
Datin Seri Maria berkata demikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta produk makanan tambahan Lucol-S yang di Cyberjaya, pada Rabu.
Meski masih kekal tampil anggun pada usia 51 tahun, Datin Seri Maria mengakui dirinya juga tidak terlepas dengan masalah-masalah yang dialami wanita seusianya.
“Kita kena terima perkara ini, yang penting kita kena tahu macam mana nak kawal supaya tidak terlalu ketara.
“Mustahil pada peringkat umur seperti saya tiada kedut-kedut. Orang dah panggil I ‘vampire’ dan macam-macam lagi.
“Kenalah ada sikit kedut tu barulah orang percaya kalau tidak mesti orang akan kata saya guna botox atau buat pembedahan. Saya biarkan sahaja kedutan itu tapi tidaklah terlalu ketara,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut mendedahkan dirinya tidak mahu mengambil kisah tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya.
“Memang orang tidak percaya, kalau anda semua tengok di Instagram saya, anda akan lihat ada banyak komen-komen yang menyakitkan.
“Tapi saya terima sahaja. Mereka kerap tanya saya jumpa doktor mana atau apa tips nak buat operation.
“Macam mana saya nak jawab sedangkan saya tak buat semua perkara tu. Kemudian orang kata pula “mustahil la, mana ada orang muka macam ni pada usia seperti saya’ dan sebagainya.
“Cara yang terbaik adalah untuk tidak ambil peduli. Kalau saya layan, apa yang saya dapat? Orang seperti mereka ni, kalau saya cakap perkara benar pun mereka takkan percaya.
“Tiada faedahnya pun. Mereka hanya nak percaya apa yang mereka percaya,” akhirinya.
Sekadar info, Lucol-S atau Lustre Collegen dihasilkan untuk membantu menaikkan seri kulit seawal 7 hari dan menguatkan tulang terutama bagi mereka yang berusia lebih 30 tahun dan ke atas.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, mungkin dikenali sebagai seorang pemimpin yang berperwatakan tenang dan berhemah.Pemergiannya pada 14 April 2025, meninggalkan...