Drama yang pernah mencetuskan fenomena ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, Diari Ramadan Rafique kembali diperkatakan ramai apabila sirinya yang serba baru telah pun menjalani penggambarannya baru-baru ini.
Difahamkan, para pelakon utamanya masih dikekalkan dan untuk musim terbaru, ia dikenali sebagai Diara Ramadan Rafique Reunion dan setiap perkembangannya boleh diikuti menerusi #diariramadanrafiquereunion menerusi Instagram.
Malah, para pelakonnya juga tidak kurang perkongsi mengenai drama yang kekal sinonim di hati pencinta drama tempatan meski ia sudah lebih 10 tahun berlalu.
Pelakon senior, Normah Damanhuri misalnya ada memberitahu dia kembali bertemu di set dengan salah seorang pelakon utamanya, Rozita Che Wan.
“kami bertemu kembali setelah 15 tahun Di dalam #diariramadhanrafiquereunion#diariramadhanrafique #teleraya #tv3malaysia,” tulisnya di salah satu posting di Instagram.
Selain Normah Damanhuri, Diari Ramadan Rafique Reunion yang bakal bersiaran di TV3 nanti termasuk Rozita Che Wan, Roy Azman, Zed Zaidi, Zarynn Min dan ramai lagi.
Foto: Instagram Normah Damanhuri