Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh,36, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya,25, pada Selasa dengan sekali lafaz.
Majlis perkahwinan telah dilangsungkan sederhana tetapi meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang, kira-kira jam 9.00 malam.
Menurut Intan, Aizam seorang penjawat awam dan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya.
“Sejujurnya kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas enam bulan berkenalan. Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini.
“Alhamdulillah, hubungan berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis raja sehari kami dipermudahkan,” katanya.
Intan menjelaskan, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dia dan anak-anak.
“Sepanjang mengenali Aizam, saya melihat suami sebagai lelaki yang berbeza daripada yang lain. Maksudnya, daripada segi layanan Aizam terhadap anak-anak saya selain dia seorang penyabar.
“Malah, dia juga seorang yang pemaaf dan cukup mengambil berat,” katanya.
Meski usia mereka berbeza 11 tahun, Intan menyifatkan suami sebagai lelaki yang matang.
“Bagi saya usia bukan penghalang sama ada muda atau sebaliknya. Jika lelaki itu berusia sekalipun, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan.
“Yang penting masing-masing tahu tangunggjawab selepas bergelar bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami insya-Allah,” katanya.
Intan pada masa sama turut mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.
“Apa yang saya doakan, semoga hubungan ini akan berjalan dengan aman damai dan diredai Allah SWT,” katanya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata awal.
Terdahulu, Intan Liana ialah bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude sebelum ini turut dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4 tahun.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.