Band indie, Monosterio akhirnya tampil dengan lagu Raya Tak Jadi selepas hampir dua dekad aktif dalam seni suara tempatan.

Menyifatkan ia adalah hadiah buat para peminat, Monosterio menganggap semua ini berlaku secara tidak sengaja apabila diberi peluang oleh pihak produksi untuk menghasilkan naskhah berkenaan.

“Semuanya bermula secara kebetulan apabila Anep yang juga pemain drum kami membintangi sebuah super-telefilem berjudul Raya Tak Jadi. Apabila projek bermula, Iskandar Jebat iaitu pengarah menyuarakan hasrat untuk mempunyai runut bunyi sendiri (OST).

“Hasil daripada perbincangan itulah yang akhirnya membawa kepada projek ini. Bila dikenangkan kami sendiri pun tidak pernah ada lagu raya, apa salahnya kami cuba setidaknya ia memberikan cabaran baharu kepada band seperti kami,” kata Izan selaku vokalis.

Selain Izan dan Anep, Monosterio juga dianggotai oleh Alan sekali pemain gitar.

Ads

“Kami Buat Rujukan Dengar Lagu Lama Daripada Senario, R. Azmi Dan…,” – Monosterio Lancar Raya Tak Jadi “Kami Buat Rujukan Dengar Lagu Lama Daripada Senario, R. Azmi Dan…,” – Monosterio Lancar Raya Tak Jadi

Pada dasarnya, mereka baru sahaja menggunakan nama Monosterio setelah hampir dua dekad menggunakan nama O-TWO dalam scene indie.

Bercerita mengenai pemilihan lagu raya ini lagi, mereka menggunakan lagu hasil tulisan FJ Muzik dan muzik pula adalah hasil kerjasama antara FJ Muzik dan Monosterio sebagai taruhan.

Ads

Jelas Izan, mereka perlu memberi penekanan kepada banyak perkara termasuklah menggunakan melodi yang sesuai memandangkan lagu ini turut dijadikan OST supertelefilem Raya Tak Jadi.

“Dalam proses mencari idea pada peringkat awal, kami banyak membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu lama termasuklah daripada kumpulan Senario, R. Azmi dan lain-lain lagu.

“Kita mahu menghasilkan sebuah lagu yang bukan saja sedap didengar tetapi juga malar segar. Kalau boleh kita mahu sesiapa sahaja yang mendengar akan mengimbau semula kenangan beraya, lemang, ketupat dan sebagainya.

Ads

“Ini sebenarnya cabaran paling besar untuk mana-mana pemuzik bagi menghasilkan sesebuah karya,” jelasnya lagi.

Raya Tak Jadi mula dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac lalu dan uzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Vevo.

Dalam perkembangan lain, Monosterio sedang dalam proses pembikinan album terkini yang mengandungi 10 buah lagu baharu Julai depan selain baharu sahaja terlibat dalam konsert Nidji di Miri, Sarawak, Februari yang lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI