Kumpulan Indigo pernah terkenal dengan lagu Suraya suatu ketika dahulu pada era tahun 90-an.
Meskipun kumpulan Indigo sudah berusia 23 tahun dalam industri muzik tanah air, ahli kumpulan Indigo masih mengekalkan keakraban persahabatan mereka.
Kumpulan Indigo dianggotai seramai empat orang ahli iaitu Bad, Shah, Zam dan Shaz.
Baru-baru ini MH telah bertemu dan menemu bual bersama dengan kumpulan Indigo dan bertanyakan beberapa soalan kepada kumpulan Indigo.
Ditanya mengenai perancangan terkini selain sebab menyepi sekian lama dalam industri seni, Indigo ada jawapan sendiri.
“Kami bukan menghilang, kami ada…Cuma mungkin kami menyepi seketika” katanya.
“Sebenarnya kami rindu… rindu dengan kenangan lalu.. rindu nak menyanyi, itu sahaja”
“Malah kami rasa dengan faktor usia yang makin berusia, kami lebih menfokuskan benda lain daripada nyanyian” jawabnya lagi.
Lalu, kumpulan Indigo juga turut membayangkan untuk melakukan comeback.
Bagaimanapun, mereka memilih masa sesuai untuk membuat kemunculan yang berkualiti, tepat pada masanya.
“Kami memang ada merancang untuk buat comeback, kami masih lagi cari masa yang sesuai untuk buat comeback”.
“Kami tidak mahu buat comeback jika kami tidak ada apa apa yang solid. Atleast kami ada sesuatu untuk kami berikan kepada peminat kami yang merindui kami” kata mereka.
Pada masa sama, Indigo menafikan comeback yang bakal dibuat adalah sebagai persaingan dengan penyanyi kumpulan baru atau sedia ada.
Sebaliknya, perancangan yang bakal dilakukan tidak lebih sekadar mengubat kerinduan.
“Kami nak buat comeback bukan sebab kami nak bersaing, tapi kami cuma mahu mengubati rindu peminat”.
“Jadi tiada istilah untuk bersaing ke apa…”katanya jujur.
Kumpulan yang terkenal dengan lagu Andai Kau Pergi itu juga akan memaklumkan kemunculan semula Indigo apabila semuanya sudah bersedia.