Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri awal semalam menerusi Instagram ada berkongsi keratan video persiapan sehinggalah kepada ucapan yang disampaikannya di malam kemuncak AME2019 lalu.
Mengucapkan terima kasih atas pemilihan peminat buat anak bongsunya, Yusof al-Qardawi yang dinobatkan sebagai Si Cilik MeleTop tahun ini, penyanyi Bobo Di Mana itu ada memberikan reaksi.
“Di sebalik tabir anugerah #sicilikmeletop semalam .. syukur kepada allah diberi rezki menang.. kami bukanlah artis hanya penjual jamu jee,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya bersetuju di atas keputusan dan kebanyakannya turut memuji gelagat Yusof dan kecomelan anak pasangan usahawan berkenaan.
Malah ketika ditemu bual rakan media, Aliff turut bersyukur atas kemenangan tersebut meski tidak sangka memandangkan si cilik lain yang turut bertanding bukanlah calang-calang nama dan popular.
“Masing-masing comel dan punya peminat tersendiri. Kemenangan ni pun kiranya rezeki yang Tuhan nak bagi. Saya gembira dan terima kasih atas undian semua,” katanya kepada MH.
Turut sama bertanding dalam kategori sama pada malam itu termasuk anak pasangan Awal-Scha Alyahya iaitu Lara Alana, Jebat Jayden (Sharnaaz Ahmad-Nabila) dan ramai lagi.
Foto: Instagram Aliff Syukri