Kemunculan semula penyanyi Izzue Islam bersama kumpulan Forteen untuk merakamkan single terbaharu yang berjudul Noktah Epilog Cinta membuktikan hubungan mereka masih utuh.
Menurut salah seorang anggotanya, Ameer, sejak ketiadaan Izzue, Forteen sudah hampir lima tahun tidak mengeluarkan projek single.
“Sebenarnya idea single ini tercetus sejak tahun lepas lagi. Kali terakhir kami mengeluarkan single adalah pada 2019.
“Jadi, rasanya ini merupakan waktu yang terbaik untuk kami buat kemunculan semula.
“Namun, bila difikirkan semula, rasanya tak lengkap kalau Forteen bertiga sahaja. Kami dengan Izzue sudah seperti adik beradik.
“Jadi, kami pujuk Izzue dan dia bersetuju. Demi peminat kami buat kemunculan semula,” katanya kepada MH.
Ketika ramai yang bertanya mengapa single ini tidak hanya menggunakan nama Forteen, Ameer menyifatkan kebersamaan mereka saat ini sudah cukup untuk mengubati kerinduan.
Ads
“Seperti semua tahu, Forteen dan Izzue sudah membawa haluan masing-masing. Pada kami, nama itu tak penting tapi keberadaan kami secara berempat itu lebih utama.
“Kami memang merindukan suasana bekerja dan merakam lagu bersama. Kita dapat kembali mendengar vokal masing-masing.
“Sebenarnya saya yang buat demo lagu ini. Jadi, saya cuba untuk gabung dan padukan empat vokal Forteen. Alhamdulillah, komen-komen peminat rata-ratanya berpuas hati,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ameer turut menafikan khabar angin yang mengatakan hubungan Forteen dan Izzue masih dingin sehingga hari ini.
Ads
“Yang sudah lama mengikuti perkembangan kami, mereka pasti tahu yang kami sudah lama berbaik. Tiada isu yang mengatakan kami bergaduh
“Walaupun kami tidak menguar-uarkan di media sosial, hubungan kami sentiasa akrab. Akan ada hari yang kami akan berjumpa dan pergi makan sekali,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah terdapat kemungkinan Izzue akan kembali menyertai kumpulan itu, Ameer bagaimanapun meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Ads
“InsyaAllah, itu semua terserah kepada tuan badan. Harapan kami memang nak menghasilkan lagi banyak single seperti ini.
“Namun, kami belum ada perancangan untuk bergabung. In sha Allah, kita tengok dahulu keadaan. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
“Kalau ada rezeki kami nak hasilkan single atau album dengan Izzue, kenapa tidak,” akhirinya.
Selain Ameer dan Izzue, Forteen turut dianggotai Ariz Lufias dan One.
Untuk rekod, Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan Forteen sekitar tahun 2018 ketika segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kalau fikir logik la kan, CR ni world top player mesti di jaga rapi n bkn stakat follow SOP je, tapi setiap gerak geri dan pemakanan dijaga.
“Pegawai dan body guard kiri kna depan belakang smua kan.ye lah mana tak nya, gaji dia bernilai puluhan ribu setiap minit. satu aset yg besar utk team dan segala sponsornya.
“Tapi tu lah covid ni xkenal siapa, benda nak jadi.tapi kalau kita berjaga mungkin kuranglah risiko kita kan.
“Get well soon @cristiano ! Pasti ade hikmah utk kita semua ttg kesedaran bahayanya #covid_19 ni.,” tulisnya.
Penyanyi remaja, As’ad Motawh ada berkongsi perbualannya bersama gadis yang telah menariknya sewaktu membuat persembahan di Sabah hujung minggu lalu.
Gadis tersebut telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada As’ad di atas insiden tersebut di Instagram.
“Goodnight bro! I’m sorry for yesterday, because I pulled you down.
“Are you okay? Im sorry because touch ur face too much!, I love you,” tulisnya.
Melihat mesej tersebut, ini respon yang diberikan As’ad;
“It’s totally fine! Hope you enjoy the show,” balasnya tenang.
Lalu As’ad memuat naik perbualan tersebut di Instagram Stories dengan kapsyen ‘My fans are the cutest,”
Melihat diruangan komen rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap perkongsian penyanyi tersebut.
Malah ada juga menganggap perkara tersebut seperti dibuat-buat.
Terdahulu, As’ad telah dikritik hebat oleh netizen selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya terjatuh dari pentas akibat ditarik peminat fanatik.
Sumber: Instagram As’ad Motawh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas bekas suami, Rashidi Ishak ada memuat naik mengenai status terkininya menerusi Instagram, pelakon Vanidah Imran akhirnya turut berkongsi rasa hati terhadap bahtera perkahwinan mereka yang kini sudah pun terlerai sejak tahun lalu.
Katanya seperti yang dipetik Astro Awani, dia tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan hal tersebut dari pengetahuan umum.
Sebaliknya, keputusan untuk tidak menghebahkan perceraian adalah kerana apa perkara itu terlalu peribadi.
Tambah Vanidah, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa perceraian bukan sesuatu yang disukai di dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.
“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” katanya.
Selama tujuh bulan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu turut memberitahu, dia sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja.
“Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang.
“Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” ujar Vanidah lagi.
Pasangan Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 2000 dan bercerai pada bercerai pada 9 Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!