Pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa menendang pengarah drama My Sweet Heart Hannan, Adam Hamid di lokasi pada Khamis lalu tampil memberikan reaksi.
Hafidz yang juga pelakon utama drama berkenaan berkata, insiden terbabit sudah diselesaikan dengan cara baik.
Malah menerusi laporan Harian Metro, finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu menyifatkan apa yang berlaku hanyalah salah faham.
“Kami dah okey dan sudah diselesaikan dengan baik.
“Tiada apa yang perlu diperbesarkan pun. Ia hanya
salah faham,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pengarah drama terbabit, didakwa ditendang Hafidz di lokasi penggambaran di Sungai Buloh pada Khamis lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Harian Metro, Adam menafikan perkara itu, sebaliknya mengakui pelakon itu hanya menolak dirinya sebelum mengambil keputusan meninggalkan lokasi.