Penyanyi, Aliff Aziz yang memuat naik sekping foto bersama seorang model dikenali sebagai Tika Sheikh di media sosial nyata mendapat perhatian netizen.
Sehinggakan, ada di antara mereka yang bertanya hal sama terhadap bekas isterinya, Bella Astillah.
Lantas, Bella Astillah ada merakam video dan menjawab tenang terhadap apa yang disampaikan netizen berhubung isu gambar berkenaan.
“Hai, ramai giler yang DM saya, cakap-cakap macam nak provok gambar Aliff (bersama seorang model)…
“Tapi saya tak kisah pun sebab kami dah tak ada kena mengena. Lagipun dia di Singapura, saya di Malaysia.
“Saya okay je. Bye. Assalamualaikum,” rakam Bella lalu ia dimuat naik menerusi Insta Stories.
Terdahulu, Aliff dan Tika dilihat berswafoto bersama dan memuat naik gambar tersebut di Insta Stories masing-masing.
Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu.
Hasil perkongsian itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Adrean, 2 tahun.
Foto : Intsgram Bella/Aliff/Tika
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung
Pelakon, Ozlynn Wati menyifatkan anak sulungnya, Ariq telah banyak mengajar dia dan suami untuk sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik.
Menurut Ozlynn, Ariq juga pernah turut sama melalui fasa sukar bersama dia dan suami satu ketika dahulu.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Khamis.
“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baru, dia yang merasa segala kesusahan dengan kitaorang juga, dia jugak anak yang selalu kena belasah dengan papa dan dia jugak anak yang selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang.
“Ye, dia anak yang semakin meningkat dewasa semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak jugak yang kitaorang belajar bila dia semakin besar. Kadang kami alpa dan setiap kali diuji kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Ozlynn turut berkongsi perbualannya bersama anaknya itu yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Dublin, Ireland.
Ibu kepada enam orang cahaya mata ini dilihat tersentuh saat mereka membincangkan mengenai perbelanjaan bulanan anaknnya ketika di luar negara.
Malah, dia juga turut mendoakan semoga perjalanan hidup anaknya itu akan sentiasa dipermudahkan.
“Dia jugak anak yang buat kami belajar banyak perkara. Anakku Ariq, mama dan papa sentiasa mendoakan perjalanan hidup kamu dipermudahkan dan penuh dengan kejayaan tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hambaNya untuk menjadi yang terbaik disisiNya.
“Dan Allah tidak melihat bagaimana hambaNya diuji tapi Allah melihat bagaimana hambaNya MENGHADAPI ujian itu.
“Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga akan tetapi setiap amalan kita adalah untuk mencari Redha Allah kerana kita ke syurga atas keredhaan Allah.
“Papa dan mama love you. Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri. InsyaAllah senang hidupmu nanti,” jelasnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebab selain turut memuji cara didikan Ozlynn terhadap anak-anaknya.
“Bagusnya abang Ariq. Alhamdulillah.
“Masyaallah anak soleh.
“Ya tuhan moga dimudahkan urusan Ariq.
“Semoga Allah sentiasa memberkahi kalian sekeluarga kak. I do enjoy and always inspired reading your sharing. Masya Allah.
“Alhamdulillah dapat anak yang baik pun satu rezeki daripada Allah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Ozlyn dan Johan telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq Moleq dan Cherdiq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ikhsan Foto: Instagram Ozlynn Wati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Iman Troye Ikhlas Nak Hadiahkan RM300 Buat Pelajar SPM 2022, Subjek Dari ‘G’ Naik Ke ‘A’
Penyanyi Iman Troye berbesar hati untuk menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) menerusi Instagram rasmi PTTI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhirnya Terjawab, Ain Edruce Hos Baru Melodi Selepas Nabila Huda
Desas-desus khabar berita berhubung hos baru rancangan hiburan popular, Melodi TV3 terjawab apabila Ain Edruce secara rasminya telah menjadi pengacara program tersebut, mulai hari ini.
Ain mengantikan posisi hos terdahulu iaitu Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil yang telah tamat kontrak perkhidmatannya pada minggu lalu.
Pengesahan khabar berita turut dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Melodi TV3.
Meninjau di ruangan komen entri berkenaan, Abil dilihat ada meninggalkan titipan istimewa buat Ain selain ucapan tahniah daripada peminat.
“All the best @ainedruce !! Love you,” tulis Abil.
“Yayyyy, congrats and love you ain edruce!!!!,” tulis seorang peminat.
“Wow, best and fun.. tahniah Ain!,” titip seorang netizen yang lain.
Sebelum ini, Abil telah mula mengendalikan program hiburan berkenaan sekitar Julai tahun lalu.
Melodi bersiaran pada setiap hari Ahad jam 12.00 tengahari di saluran TV3.
Gambar
Gambar
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ain Edruce, Melodi TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI