“Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung…,” – Pendedahan Isteri PU Abu, Hana Azraa

Share

Kecoh apabila perkahwinan kedua PU Abu bersama ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa dikatakan mengalami masalah.

PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi terdahulu telah pun menceraikan isteri pertamanya, Aina ‘Afini ketika sedang sarat hamil anak pertama.

Difahamkan, situasi terkini rumah tangganya telah dikongsikan isterinya sediri, Hana Azraa kepada mStar.

Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir menjelaskan, mereka kini telah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” katanya seperti yang dipetik mStar.

Tambah wanita berkenaan lagi, dia tampil bagi menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak timbulnya salah faham.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.

“Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” akui Hana.

Sementara itu, PU Abu pula enggan mengulas berhubung kenyataan Hana mengenai status rumah tangga keduanya.

“Saya dan dia masih suami isteri,” katanya secara ringkas.

Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain ‘Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Sumber: mStar/Carian Google & Instagram PU Abu

Published by
MH