Penyanyi, Yazmin Aziz berkongsi detik cemas selepas memaklumkan dia kini terpaksa mengosongkan hotel penginapannya berikutan kejadian gempa bumi di Bandar Baguio, Filipina pagi ini.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi kacukan Malaysia-Filipina itu menerusi beberapa  ciapan di laman Twitter.

Katanya lagi, dia kini masih lagi tidak dibenarkan masuk ke hotel sebagai langkah berjaga-jaga.

“Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud mengejutkan kami pagi ini.

Ads

“Kami diminta mengosongkan tempat penginapan di Baguio County Club dan kami masih lagi tidak dibenarkan masuk sehingga notis diberi tahu kelak.

“Saya mendoakan agar semuanya selamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang Big Stage 2022 ini turut berkongsi situasi semasa keadaan hotel penginapannya itu.

Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat juga dilihat telah bersedia di lokasi kejadian.

Ads

Sementara itu, Yazmin turut memaklumkan ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan insiden gegaran gempa bumi sekuat itu.

Memetik laporan Mstar, penyanyi lagu Lihatlah ini memberitahu dia terpaksa menangguhkan perjalanannya ke Manila berikutan keadan jalan raya yang rosak serta dipenuhi batu-batuan kesan daripada gempa bumi tersebut.

“Saya tidak boleh ke Manila hari ini kerana laluan tersekat dengan batu-batuan. Saya juga tidak boleh masuk ke hotel,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Bagaimanapun, Yazmin tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai kejadian tersebut ekoran bateri telefonnya yang hampir mati.

Terdahulu, Yazmin kini difahamkan berada di Filipina bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat baiknya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Yazmin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI