Pereka dan guru tari, Alam Wakaka mendedahkan industri tarian negara merupakan antara yang turut terkesan sejak penularan wabak Covid-19.

Menurut Alam, kebanyakkan pemilik studio tarian ketika ini telah pun memutuskan untuk menutup studio mereka gara-gara sudah tidak lagi beroperasi.

“Kami Faham & Redha Tapi…,”- Banyak Studio Ditutup, Alam Wakaka Minta Kerajaan Pertimbang Cadangan Benarkan Aktiviti Kelas Tarian

“Kami Faham & Redha Tapi…,”- Banyak Studio Ditutup, Alam Wakaka Minta Kerajaan Pertimbang Cadangan Benarkan Aktiviti Kelas Tarian
“Assalamualaikum Datuk Sri Ismail Sabri. Saya Alam Wakaka. Saya adalah salah seorang Pereka Tari serta Guru Tari (Hip-Hop/ Fusion) di Malaysia.

“Saya amat berterima kasih dan bertuah kerana Datuk serta kerajaan sedaya upaya menolong rakyat Malaysi ketika Covid-19. Setiap tindakan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Ads

“Saya ada satu soalan. Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam dalam industri tarian di Malaysia. Terutamanya kepada pemilik-pemilik studio tarian. Banyak studio dan kelas tarian terpaksa ditutup. Kami faham dengan keadaan yang sedang berlaku dan kami redha,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Alam yang juga merupakan pemilik studio tarian, Alamak X ECX Dance Studio itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Sehubungan itu, Alam turut berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangannya untuk membenarkan kelas tarian untuk terus beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Tapi bagi saya/kami yang masih mempunyai pelajar dan studio, bolehkah kami menjalankan kelas tarian seperti biasa? Kami juga ada menyediakan imbasan QR Code, senarai nama yang hadir, cek suhu serta hand sanitizers.

Ads

“Studio Ads.Ecx boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa, tetapi untuk SOP, kami hanya buka kepada maksimum 12 pelajar sahaja. Pembelajaran kelas tarian hanya buka dari jam 5pm-10pm,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Alam turut meminta orang ramai supaya memanjangkan cadangan itu sehingga ke pengetahuan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan sokongan selain turut memberikan kata-kata semangat buat Alam.

“Kami Faham & Redha Tapi…,”- Banyak Studio Ditutup, Alam Wakaka Minta Kerajaan Pertimbang Cadangan Benarkan Aktiviti Kelas Tarian “Kami Faham & Redha Tapi…,”- Banyak Studio Ditutup, Alam Wakaka Minta Kerajaan Pertimbang Cadangan Benarkan Aktiviti Kelas TarianSumber: Instagram Alam Wakaka

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI