Kejayaan menghasilkan album sulung yang berjudul New Classic merupakan satu penanda aras baharu bagi grup wanita yang kini berada di puncak kerjaya, Dolla.

Bagi meraikan momen bersejarah itu, Dolla telah mengadakan acara Dolla Villa yang juga merupakan majlis perlancaran album New Classic yang berlangsung di The Diplomat, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Kami Gembira & Bersyukur…,” – Lancar Album Sulung Tapi Fesyen Dikritik, Dolla Tak Kejar Gelaran Nombor Satu

Bagaimanapun, acara yang berlangsung meriah itu sedikit dicemari komen-komen negatif netizen yang kurang senang dengan fesyen yang digayakan anggota Dolla pada malam berkenaan.

Rata-rata netizen menyifatkan pemakaian mereka agak seksi dan kurang bersesuaian dengan norma masyarakat di Malaysia.

“Kami Gembira & Bersyukur…,” – Lancar Album Sulung Tapi Fesyen Dikritik, Dolla Tak Kejar Gelaran Nombor Satu

“Mungkin stylist boleh sediakan baju yang lebih sopan buat Syasya dan Sab. Tapi ia merupakan majlis tertutup. Fahamlah mengapa mereka berpakaian sedemikian.

“Saya suka lagu-lagu mereka tapi sekurang-kurangnya Sab dan Syasya kenalah berpakaian tertutup sikit.

Ads

“Pandangan saya sebagai netizen, lagu mereka memang best. Lain level tapi baju tak berkenan sangat. Maafkan saya tapi lagu tetap stuck dekat kepala,” antara komen-komen yang diberikan netizen.

Terdahulu, ini bukan kali pertama grup yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo, Syasya dan Angel ini dikritik disebabkan fesyen mereka yang dikatakan agak seksi.

Sementara itu, mengulas mengenai album pertama mereka, Tabby akui tidak menyangka grup tersebut bakal melangkah sehingga ke tahap ini.

“Kami Gembira & Bersyukur…,” – Lancar Album Sulung Tapi Fesyen Dikritik, Dolla Tak Kejar Gelaran Nombor Satu

“Kami masih lagi berada difasa dimana kami sendiri tidak percaya yang Dolla sudah pun mempunyai album sendiri. Kami juga mendengarnya pada setiap masa.

Ads

“Kami sangat gembira dan bersyukur. Ramai juga yang hadir bagi meraikan kejayaan kami hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sobronzo juga teruja apabila album ini turut mendapat sentuhan daripada produser tersohor Korea Selatan, Hyuk Shin yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu buat artis-artis superstar seperti Justin Bieber, NCT dan Exo.

“Hyuk Shin menghasilkan dua lagu buat Dolla iaitu Classic dan Boss Up. Proses bekerja juga sangat berbeza dan lebih efisyen. Dia tahu visi sesebuah lagu itu.

“Dia cuma bagitahu apa yang perlu kami buat dan kami ikutkan sahaja. Kami percaya dengan cara kerja beliau. Sudah terbukti hasil akhirnya memang ramai yang suka,” ulasnya.

“Kami Gembira & Bersyukur…,” – Lancar Album Sulung Tapi Fesyen Dikritik, Dolla Tak Kejar Gelaran Nombor Satu

Ads

Ditanya adakah Dolla selesa digelar grup wanita nombor satu di Malaysia ketika ini, Tabby memaklumkan mereka tidak terlalu memikirkan gelaran tersebut sebaliknya mahu fokus untuk memberikan yang terbaik buat peminat.

“Kami sangat bersyukur bila ada yang melabelkan kami sedemikian. Namun, pada masa sama, kami tidak mahu dibandingkan dengan orang lain.

“Tak kisahlah sama ada nombor satu atau dua, yang paling penting adalah kami bekerja keras untuk memberika produk terbaik untuk peminat dan orang yang mendengar.

“Tiada apa yang berubah. Dolla sentiasa ingin berikan yang terbaik sejak single pertama kami Dolla Make You Wanna,” kongsinya lagi.

Terdahulu, album New Classic memuatkan tujuh buah lagu yang terdiri daripada lima lagu baharu dan dua lagu yang sebelum ini telah pun dilancarkan.

New Classic kini sudah pun boleh distrim di semua digital platform bermula 21 November ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI