Pelakon remaja yang sebelum ini pernah membintangi filem Munafik Izuan Fitri, 19, dilaporkan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang selepas diserang penyakit tibi dan batuk kering.

Menurut laporan Harian Metro, abang kembarnya Izuan Fikri, 19, memaklumkan adiknya itu dilaporkan masih belum menyedarkan diri dan kini sedang berada di bawah pemantauan rapi daripada pihak hospital.

“Kami Ingatkan Hanya Sakit Biasa,” – Pelakon Filem One Two Jaga, Izuan Fitri Kini Terlantar Di Hospital, Penyakit Tibi Serang Bahagian Otak

Katanya, adiknya itu telah dikejarkan ke hospital pada 31 Julai selepas dia diserang sawan yang mengakibatkan kedua-dua belah tangan dan kakinya berasa kebas.

“Setakat ini, adik saya Izuan belum sedarkan diri. Mengikut pemeriksaan doktor memaklumkan penyakit tibi dihidapinya sekitar dua tahun lalu sudah menyerang bahagian otaknya.

“Adik saya memang tak tahu dia ada menghidap penyakit tibi pun. Sebelum ini, dia memang kurang sihat apabila selalu batuk dan demam, tapi dia tidak mahu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan. Jadi, kami ingatkan hanya sakit biasa.

Ads

“Cuma, pada 31 Julai lalu ketika saya dan kakak pergi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Izuan hubungi saya  memberitahu tangan dan kakinya kebas serta tidak boleh bergerak untuk ke tandas,” katanya seperti yang dipetik.

“Kami Ingatkan Hanya Sakit Biasa,” – Pelakon Filem One Two Jaga, Izuan Fitri Kini Terlantar Di Hospital, Penyakit Tibi Serang Bahagian Otak

Dikesempatan itu juga, abang kepada Izuan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan adiknya itu agar dia segera kembali pulih seperti sedia kala.

Tambahnya lagi, pihak doktor juga menjalankan beberapa siri pemeriksaan bagi mengenal pasti mengenai kaedah terbaik untuk merawat adiknya itu.

Ads

“Saya mohon pada semua orang untuk sama-sama mendoakan adik saya supaya dia sedar semula dan kembali sihat. Sekarang, dia tidur saja tapi jika disentuh masih ada tindak balas dan pergerakan.

“Doktor juga akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas adik saya pada bahagian otaknya untuk memastikan kaedah rawatan terbaik dan sesuai termasuk melakukan pembedahan,” jelasnya lagi.

“Kami Ingatkan Hanya Sakit Biasa,” – Pelakon Filem One Two Jaga, Izuan Fitri Kini Terlantar Di Hospital, Penyakit Tibi Serang Bahagian Otak

Ads

Selain filem Munafiq, Izuan juga turut pernah membintangi filem Crossroad: One Two Jaga arahan pengarah dan pelakon popular Namron.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Namrom dilihat ada memanjatkan doa malah dia juga turut menyifat Izuan sebagai seorang pelakon yang mempunyai bakat yang cukup besar.

“Kami Ingatkan Hanya Sakit Biasa,” – Pelakon Filem One Two Jaga, Izuan Fitri Kini Terlantar Di Hospital, Penyakit Tibi Serang Bahagian Otak

Sekadar informasi, sepanjang pembabitan dalam dunia lakonan, Izuan juga pernah meraih beberapa trofi antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.

Sumber: Harian Metro, Facebook Nor Abdul Rani (Ibu) & Namron

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI