“Kami Ingin Mohon Maaf”, – Vokalis Floor 88 ‘Rebah’ Ketika Buat ‘Live Show’ Saat Nyanyi Lagu Aqilah

Share

Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak NEGERI fm, malam tadi.

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi Floor 88 ketika mengadakan konsert di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm.

“Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie,”tulisnya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu menyaksikan Ayie aktif menyanyi sebelum dia tiba-tiba rebah.

Ayien kemudian dibantu ahli kumpulan Floor 88 dan kru pentas yang berada di situ.

Rata-rata peminat mendoakan agar vokalis kumpulan itu diberi kesembuhan.

Video: Instagram Floor 88

Published by
Amynur Akmal