Mengakui mempunyai hubungan yang sedikit renggang, kedua-dua anak lelaki penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16, berharap pembabitan kedua-duanya dalam program realiti Famili Duo dapat ‘memulihkan’ hal itu.
Menurut Zaki, hubungannya dengan Osama tidak berapa rapat sejak abangnya itu berpindah ke Sekolah Seni Johor pada usia 14 tahun.
“Kami jadi kekok setiap kali bertemu di acara hiburan dan tak tahu apa nak dibualkan.
“Saya harap pembabitan dalam Famili Duo akan membuka satu peluang untuk kami kembali rapat seperti mana ketika waktu kecil dulu,” katanya kepada MH.
Osama pula berharap pembabitannya bersama Zaki dalam program itu akan membuatkan bapanya bangga dengan pencapaian mereka dalam bidang seni.
View this post on Instagram
Malah, dua beradik ini juga sudah merancang untuk tampil dengan single duet bersama selepas ini.
“Saya nak babah (Jamal) bangga apabila industri hiburan mempertemukan kami adik-beradik.
“Selain program Famili Duo, kami merancang menghasilkan single duet bersama. InsyaAllah, kami akan fokus mencari karya yang bersesuaian selepas program realiti ini,” katanya.
Osama dan Zaki merupakan antara pasangan selebriti yang mengambil bahagian dalam Famili Duo musim terbaharu yang bersiaran bermula malam tadi di TV3.
View this post on Instagram
Selain mereka, rancangan yang dihoskan Sean Lee dan Janna Nick itu turut menampilkan pasangan selebriti seperti Bella Astillah dan Wani Kayrie yang mempunyai pertalian sepupu, Naim Daniel dan Sissy Iman (sepupu) dan Sabhi Sadhi dan Fareed K-Clique (adik-beradik).
Turut bersaing, Siti Norsaida dan Siti Nursaerah (adik-beradik), Ayda Jebat dan Fyna Jebat (adik-beradik) serta Ara Johari dan Shafiq Erwin (sepupu).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Osama Yamani, Zaki Yamani & TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI