“Kami Jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain Baru Darjah 2,” – Win! Ucapan Ulang Tahun Kelima Perkahwinan Che Ta-Zain Saidin

Share

Beberapa jam lalu, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan ada memuat naik beberapa keping fotonya bersama suami, Zain Saidin bersempena dengan ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

“Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23. Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah ..terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta,” tulis pelakon Kak Marr ini.

Menitipkan dedikasi paling manis buat suami tercinta, namun kalau dah namanya Che Ta, pasti ada kata-katanya yang mencuit hati ramai.

Menerusi salah satu entri gambar yang dikongsi menerusi Instagram, Che Ta ada merakam momen lamanya.

Kata Che Ta, ketika dia ditabalkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, suaminya pada ketika itu baru sahaja berada di darjah 2 persekolahan!

“Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992 , Zain masa tu baqu darjah 2 ..
So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi , jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie …. mungkin jodoh uolss tu tgh dok up.

“Happy Anniversary sayang @zainsaidin23 .. nasib baik u cepat ligan i,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #5thanniversary #zsrcw.

Rata-rata netizen kagum dengan penampilan Che Ta yang sentiasa cantik dari dulu hingga kini dan tak kurang yang turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan sama cantik sama padan ini.

Foto: Carian Google/ Instagram Rozita Che Wan

 

Published by
Rafiq Mazlan