Penyanyi dan pelakon Kilafairy tidak mahu mengulas lanjut mengenai soal perancangan lebih serius bersama kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman. Malah, bintang ini turut menafikan dirinya sudah pun dilamar jejaka berkenaan.

Menerusi sedutan bersama program Melodi Ahad lalu, Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis tidak mempunyai maksud serius.

Bagaimanapun bintang berusia 28 tahun ini mengakui ada berbincang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami Jenis ‘Date’ Untuk Berkahwin, Bukan ‘Date’ Untuk Main-Main,” – Kilafairy Cerita Hubungan Dengan Lelaki Ini, Perjelas Isu Cincin Di Jari Manis

“Kami Jenis ‘Date’ Untuk Berkahwin, Bukan ‘Date’ Untuk Main-Main,” – Kilafairy Cerita Hubungan Dengan Lelaki Ini, Perjelas Isu Cincin Di Jari Manis

“Saya dengan dia kami jenis yang ‘date’ untuk berkahwin. Kita bukan ‘date’ untuk main-main. Sudah tentu kita ada bercakap ke arah itu, tapi bila kita serahkan kepada pihak lelakilah.

Ads

“Sebab kita perempuan, segan pula nak cakap. Sejujurnya kita memang ada cakap mengenai perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah, kalau nanti kalian akan tahu.

“Belum lagi. Ini (cincin) macam ‘choplah’. Ini saja macam biasalah…. ‘nah happy birthday macam tu’. Tapi perancangan itu ada, bila tu… Tunggulah,” katanya.

“Kami Jenis ‘Date’ Untuk Berkahwin, Bukan ‘Date’ Untuk Main-Main,” – Kilafairy Cerita Hubungan Dengan Lelaki Ini, Perjelas Isu Cincin Di Jari Manis

Ads

“Kami Jenis ‘Date’ Untuk Berkahwin, Bukan ‘Date’ Untuk Main-Main,” – Kilafairy Cerita Hubungan Dengan Lelaki Ini, Perjelas Isu Cincin Di Jari Manis

Kilafairy sebelum ini pernah berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini juga baru sahaja menjalinkan kerjasama dengan jenama Ufora dalam penghasilan produk lipmatte Ufora X Kilafairy dan sedang merancang untuk melancarkan lagu terbaru.

Ads

“Masih macam biasa, tawaran ini masih ada cuma kena pilih mana yang sesuai. Ditambah pula dengan situasi semasa. Kita sendiri nak pergi ke set penggambaran yang ramai orang pun ‘nervous’ juga. Cuma terpulang kepada saya untuk terima atau sebaliknya.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar, Insya-Allah saya akan lancarkan single yang sudah pun dirakamkan. Tunggu masa sesuai,” katanya lagi.

“Kami Jenis ‘Date’ Untuk Berkahwin, Bukan ‘Date’ Untuk Main-Main,” – Kilafairy Cerita Hubungan Dengan Lelaki Ini, Perjelas Isu Cincin Di Jari Manis

“Kami Jenis ‘Date’ Untuk Berkahwin, Bukan ‘Date’ Untuk Main-Main,” – Kilafairy Cerita Hubungan Dengan Lelaki Ini, Perjelas Isu Cincin Di Jari Manis

Foto: Instagram Kilafairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI