Pelakon remaja, Danish Iskandar yang terpalit dengan kontroversi drama siri Stay Away From Me yang didakwa mengandungi elemen mempromosikan hubungan sonsang tampil membuat permohonan maaf ketika sidang media bersaksikan wakil peguam.
Menurut Danish, permohonan maaf tersebut dibuat di atas kekhilafannya sebagai pendatang baru di dalam industri seni yang tidak teliti dengan jalan cerita yang diketengahkan oleh pihak produksi terbabit.
Katanya lagi, dia juga sama sekali tidak menyokong perlakuan hubungan sejenis sebagaimana yang ditularkan di media sosial.
“Saya Danish Iskandar ingin memohon maaf atas kekhilafan berkaitan isu yang telah tercutus ini. Kami juga tidak menyokong sama sekali di atas perlakuan yang telah ditularkan. Hal Ini berlaku kerana kedaifan saya sebagai pendatang baru di dalam industri.
“Saya minta maaf di atas segala yang terjadi dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi bila berhadapan dengan situasi begini,” katanya.
Menurut pihak Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan pihak Tetuan Hajar Aisyah & Company mewakili ketiga-tiga anakguam, Danish Iskandar, Rees Ayman dan Hardy Saiful memaklumkan pihak mereka bercadang mengambil tindakan selepas melalui perbincangan terperinci bersama anakguam.
Jelasnya lagi, para pelakon drama pendek tersebut hanya dimaklumkan bahawa jalan cerita drama itu adalah berkisarkan persahabatan dan tiada penceritaan yang berkaitan atau isu berunsur hubungan songsang.
Malah, Danish dan Rees Ayman yang melakonkan watak utama di dalam drama tersebut turut dikatakan sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak yang diarahkan pengarah kerana ia tidak seperti yang digariskan di dalam penceritaan asal.
“Sepanjang perbincangan dan penggambaran yang berlangsung sekitar Ogos 2021 sehingga September 2021, pihak produksi tidak menjelaskan perihal mempromosikan apliksi berkenaan.
“Buat masa ini kami masih dalam proses eksplorasi. Selalunya, jika seseorang artis itu ambil tindak perundangan. Ia akan beri kesan kepada kariernya.
“Anak guam saya masih muda dan kariernya baru menapak. Jadi jika hal ini berlarutan dan pihak produksi masih menyiarkan video berkenaan, mungkin kami akan pertimbangkan tindakan. Segalanya bergantung kepada anakguam saya,” jelasnya.
Insiden tersebut turut mengganggu fikiran Danish, memandangkan dia sedang menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Terdahulu, satu laporan polis juga telah pun dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak produksi drama berkenaan berkaitan isu moraliti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI