Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.

Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.

“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.

IKLAN

Lengkap mengenakan persalinan songket rona biru gelap, keduanya sedondon dan tampak bagai pinang dibelah dua.

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.

Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup  yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.

IKLAN

Bintang filem Papadom itu turut berkongsikan mengenai perkahwinan mereka di sini;

Foto: Instagram Raja Ilya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI