Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan awal bulan depan.

Perkara tersebut diumumkan pasangan berkenaan pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk barunya, Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana, pada Rabu.

“Kami Ke Sebuah Masjid…,” – Sudah Umum Jantina Anak Ketiga, Wawa Zainal Dedah Nama Inspirasi Masjid Biru

“Insya Allah, kami bakal dikurniakan anak perempuan dan berharap cahaya mata ketiga kami ini dilahirkan dengan selamat.

“Saya sekarang hanya menunggu waktu saja. Kalau ikut jadual saya dijangka lahirkan anak pada awal Disember ini.

IKLAN

“Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bekerja meski detik kelahiran boleh dikatakan bila-bila masa saja dari sekarang,” kata Wawa kepada MH.

Menurut Aeril, dia dan Wawa juga sudah mempunyai nama anak perempuannya itu.

IKLAN

“Kami memilih nama Aya Soffya untuk nama anak kami nanti, insyaAllah. Nama tersebut dipilih ketika kami ke Turki baru-baru ini.

“Ketika itu kami ke sebuah masjid yang dinamakan Aya Sofya (Masjid Biru) lantas kami bercadang untuk memberikan nama berkenaan dan Aeril turut bersetuju,” katanya.

“Kami Ke Sebuah Masjid…,” – Sudah Umum Jantina Anak Ketiga, Wawa Zainal Dedah Nama Inspirasi Masjid Biru

IKLAN

Berkongsi mengenai pek baru kosmetik edisi terhad yang dikeluarkannya pula, Wawa dan Aeril menjelaskan ia adalah bersempena dengan penerimaan baik edisi terhad sebelum ini.

“Kali ini kami keluarga dua variasi untuk pek kali ini, sebab itu kami sarankan pembeli untuk beli keduanya sekali gus kerana masing-masing mempunyai pembayang pipi dan lipstik dalam rona berbeza.

“Selain itu, kami juga keluarkan kira-kira 60,000 unit bagi memberi ruang buat pembeli untuk dapatkan produk ini,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI