Seperti sedia maklum, industri hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissudin yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, pada jam 5.13 pagi.
Ramai selebriti menitipkan dedikasi serta penghormatan terakhir serta doa buat rakan seindustri.
Penyanyi, Datin Alyah misalnya turut terkesan atas pemergiaan arwah yang sinonim dengan lagu berjudul Kesetiaan itu.
Pelantun lagu Thank You Allah ini berkongsi tangkap layar berupa perbualan terakhir ‘direct message’ (DM) bersama arwah bertarikhJulai lalu di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Sarah telah menghadiahkan tudung atas jenamanya buat isteri Datuk Ramli MS itu.
“Si pemberi tudung yg baik hati Hari ni kami kehilangan kau buat selama lamanya. Inalillahiwainailahirajioun
“Selamat jalan sarah semoga berjumpa di sana wahai bidadari. Al fatehah,” tulisnya.
Terdahulu, Sarah sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Selepas itu, Sarah telah dikejarkan ke HUKM selepas tahap oksigen dalam tubuh badan menurun pada petang Rabu.
Kemudian, dia terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.
Pada Jumaat bertarikh 6 Ogos, Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang pada usia 7 bulan.
Foto: Instagram Alyah, Siti Sarah