Bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi, berkahwin semula dengan bekas suaminya, Mohamed Azam Ali dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

Ras Adiba, 54, memetik Harian Metro berkata, jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini.

Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi. Malah fotonya bersama suami turut dikongsikan di laman Instagram.

“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut. Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.

“Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Ras Adiba pada masa sama menambah, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.

“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” katanya lagi.

Difahamkan, keduanya saling berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3.

Ads

Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Ads

Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

https://www.youtube.com/watch?v=eeNPuso6KNU

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI