Tahniah diucapkan buat juara program Big Stage 2020, Azzam Sham dan kekasihnya yang juga penyanyi, Sheryl Shazwanie yang telah pun selamat melangsungkan pertunangan mereka, malam tadi.

Majlis serba ringkas tersebut dilangsungkan secara sederhana, sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di kediaman keluarga Sheryl di Petaling Jaya.

Menurut Azzam Shah, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar awal tahun hadapan.

“Kami sebenarnya kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama. Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music.

“Cuma sejak dua tahun lalu, ikatan kawan itu bertukar jadi lebih istimewa.

Ads

“Harapnya perancangan kami mendirikan masjid tahun depan itu akan dipermudahkan,” katanya.

Azzam yang juga merupakan antara calon awal bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menambah, dia menyenangi sikap serta peribadi tunang tersayang.

Ads

“Saya tertarik kepada pembawakan dirinya. Termasuk keayuan dan budi bahasanya. Malah cara dia melayan ibu bapanya itu saya boleh sifatkan terlalu mahal. Paling penting dia faham saya,” katanya lagi.

Ads

Berkongsi mengenai namanya yang tersenarai sebagai calon awal menerusi anugerah tahunan itu, Azzam atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham menyifatkan kategori yang disertai cukup sengit.

“Diakui calon lain memang hebat dan terbaik. Saya sendiri rasa sangat kerdil berbanding yang lain.

“Tapi saya bersyukur ada peminat termasuk Azzam Sham Troopers yang begitu setia, sayang dan menyokong.

“Setiap hari mereka mengundi saya. Selebihnya berdoa, usaha dan tawakal,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI