Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab menyangkal sekerasnya dakwaan segelintir pihak yang menganggap kejayaan perniagaannya ketika ini banyak dibantu oleh golongan berkepentingan dalam politik serta wujud unsur kronisme.
Katanya, dia bersama suami, Ben Ali telah sedaya upaya berusaha seperti orang lain untuk membuang stigma kroni tetapi akhirnya orang tetap melabelkan mereka sebegitu.
“Memang I terasa bila orang cakap macam tu especially bila saya dan suami penat-penat plan every single things untuk pastikan orang tidak cakap kami ni kroni tapi akhirnya orang cakap juga.
“This is the first attack that we got in our business and we feel like if you have the haters it’s mean you made it. Itulah perkara positif yang saya ambil,” katanya.
Nadiah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana super-telemovie berjudul ‘Saya Jual Ye Bang’ di GSC Signature, The Gardens, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ketika ditanya mengapa produknya mudah untuk menembusi pasaran tempatan, ini jawab pelakon tersebut;
“Senang mereka kata? Of course it’s hurts.
“Jika anda pergi bertanya kepada semua pemilik stesen minyak, kebanyakan mereka sudah mengenali Ben kerana dia pergi ke semua stesen minyak untuk memasarkan produk kami,” katanya lagi.
Terdahulu, Nadiyah dan suaminya telah dikecam hebat oleh netizen selepas produk mereka dipromosikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ketika mesyuarat ahli jemaah menteri di Dewan Parlimen.
Kontorversi semakin hangat selepas netizen mengetahui status Ben Ali sebagai Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)