“Kami Lebih Selesa Jantina Anak Ini Menjadi Kejutan,” – Suami Teruja, Miera Leyana Kini Mengandung 7 Bulan

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Miera Leyana yang mengumumkan mengenai kehamilan anak pertama yang, lapor Berita Harian.

Usia kandungan Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Kasmi kini tujuh bulan dan dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.

“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik.

“Cuma lebih kepada teringin hendak makan angin di luar negara seperti London, Paris dan menunaikan umrah,” katanya seperti yang dipetik.

Bercakap mengenai jantina anak yang bakal lahir pula, bintang berusia 27 tahun ini sepakat bersama suami, Rosland Othman untuk tidak mendedahkanya buat masa ini.

“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,” katanya.

Miera sebelum ini sinonim menerusi penampilannya di dalam filem Apokalips X.

Sementara itu, Rosland turut teruja sebaik mendapat tahu isterinya hamil anak sulung mereka.

“Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga, Julai tahun lalu.

Foto: Instagram Miera Leyana

Published by
MH