Bintang terkenal Bollywood, Katrina Kaif telah melangsungkan perkahwinan bersama Vicky Kaushal pada 9 Disember 2021. Pasangan yang merupakan pelakon dalam dunia perfileman Bollywood ini telah mengadakan majlis mereka di Six Senses Fort Barwara yang terletak di Rajashtan.
Desas desus perkahwinan mereka telah kedengaran sekian lama, namun begitu tiada yang dapat memberi kepastian kerana mereka sangat merahsiakan hubungan yang terjalin selama ini. Berita ini menjadi sahih apabila Katrina dan Vikcy sama-sama memuat naik beberapa keping gambar perkahwinannya di laman Instagram.
Dalam hantaran tersebut, mereka berdua berkongsi mesej yang sama. “Hanya rasa cinta dan kesyukuran di hati ini untuk segala yang membawa kami ke saat ini. Ku pohon semua kasih sayang dan berkat anda sementelah kami memulakan perjalanan baru ini bersama-sama,” ujar mereka ringkas.
Pasangan ini telah memilih pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi Mukherjee untuk bertanggungjawab mempersiapkan mereka di hari bersejarah itu. Tampil mewah dan regal dalam persalinan tradisional, Katrina anggun menggayakan lehenga berona merah manakala Vicky pula menggayakan persalinan sherwani rona putih gading.
Menurut laporan Hindustan Times, pasangan ini dikatakan meminta semua jemputan perkahwinan mereka patuh kepada polisi tiada telefon sepanjang majlis berlangsung. Malahan laporan itu turut menyatakan bahawa tetamu diberikan kod nama istimewa untuk menjaga kerahsiaan.
Sedikit informasi mengenai pasangan ini. Katrina yang kini berusia 38 tahun telah memulakan kerjayanya sejak berusia 20 tahun lagi. Dia bukanlah warganegara India sebaliknya memegang kerakyatan Britain. Vicky pula lima tahun lebih muda daripada isterinya dan telah aktif dalam dunia seni sejak tahun 2012 lagi. Filem terbaharu lakonan Katrina, Sooryavanshi kini sedang ditayangkan di laman penstriman popular, Netflix.
Kredit foto: Instagram Katrina Kaif/ Stories by Joseph Radhik
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI