Que Haidar menerusi ruang Instagram menyatakan rasa sebak dan memohon doa untuk sahabatnya, Sobri Anuar Tarmizi yang terperangkap di bangunan Selangor Mansion, Jalan Masjid India selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan.
Penguatkuasaan itu sudah pun memasuki minggu ketiga setakat ini.
“Ya Allah.. minta semua doakan utk sahabat, sifu, abg sy, pelakon Sobri Anuar Tarmizi. SY baru tahu dia ada dikawasan tu, SY terus Call dia.
“Kami menangis sama2. dia ckp dia demam dan batuk.. allahuakbar. Terima kasih pada yg sudi hantar makanan pada abang SY ni,” kongsinya.
Menerusi Astro Awani, pelakon Keluarga Iskandar itu turut mengalami gejala demam sejak Isnin dan sukar untuk mendapat bekalan makanan.
“Saya ke sini semalam kerana ada tugasan sikit yang perlu dilaksanakan. Namun ketika hendak turun dan keluar dari bangunan ini pada waktu Subuhi saya dihalang keluar dari bangunan berkenaan kerana PKPD telahpun dilaksanakan.
“Saya terpaksa berkurung dalam bilik saya sehingga kini dan tidak dapat ke mana-mana. Lebih malang saya turut mengalami demam sejak malam tadi dan harap pasukan perubatan dapat datang segera untuk membolehkan saya diperiksa.
“Ketika ini bekalan makanan memang tak ada langsung ataupun ubat-ubatan yang saya perlukan. Keadaan agak sukar ketika ini untuk saya jelaskan.
“Apapun saya faham kesibukan barisan hadapan negara untuk menyusun bantuan ketika ini dan Insya-Allah saya akan sabar menunggu. Saya harap ia boleh dipercepatkan.
“Saya bertambah risau sebab demam saya dan harap saya dapat (pasukan perubatan) periksa segera,” katanya seperti yang dipetik.
Sumber : Instagram Que Haidar dan Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI