“Kami Mengaku Silap, Mahu Moving Forward,” – Ernisha Dan Fazreen Fazera

Share

Dua bekas peserta Dewi Remaja 2018/19, Ernisha dan Fazreen Fazira hari ini tampil membuat penjelasan dan permohonan maaf mengenai video tular yang turut melibatkan bekas juaranya, Haneesya Hanee.

Pengumuman tersebut dilakukan di Nu Ideaktiv di Shah Alam.

Editor Majalah Remaja, Faiz Aimann memberitahu, susulan insiden yang berlaku melibatkan beberapa bekas finalis Dewi Remaja edisi terbaru.

Saya Ernisha di sini saya nak memberitahu saya ingin membuat permohonan maaf kerana telah melanggar kontrak. Apa yang berlaku diharapkan masyarakat di luar sana untuk memaafkan kami,” jelasnya.

Sementara Fazreen, tidak menafikan apa yang berlaku sedikit sebanyak menjejaskan reputasi dan nama baik penganjur.

“Saya sedar ia boleh jejaskan beberapa pihak. Saya harap perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi, saya mengaku silap dan tidak akan melakukan lagi kesilapan sama. Kami sekarang hanya mahu moving forward,” kongsi Fazreen pula sidang media berkenaan.

“Kami hanya mahu fikir positif ada mungkin hikmah yang berlaku. Tuduh menuduh tudak boleh menjamin kesudahan yang baik. Kami ngaku salah,” kongsi Ernisha.

“Kami meminta untuk peminat agar berikan ruang dan masa untuk berfikir seterusnya melangkah dalam apa yang dilakukan. Harap masyarakat di luar sana dapat memaafkan khilaf mereka,” tambah Faiz pula.

Ditanya mengenai apakah yang bakal dilakukan oleh keduanya, Ernisha memberitahu dia mahu perbaiki diri.

“Saya berhijab, tetapi saya akan cuba perbaiki untuk menjadi individu yang lebih baik dari segi dalaman dan luaran.

“Sementara pada masa sama, saya akan mengikuti kelas lakonan demi kerjaya dalam seni, insyaAllah. Saya tak mahu masuk industri tanpa ilmu,” katanya sambil Fazreen pula menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Saya anggap ini khilaf dan ada hikmahnya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saya mahu rehat sebentar dan fokus pada diri sendiri dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran,” kongsi Faz.

Pada masa sama, keduanya juga turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan, meski telah melakukan kesilapan.

“Ada yang menghantar mesej menyatakan rasa kecewa mereka. Bagaimanapun, saya harap selepas ini ia tidak lagi berlaku sebab kami sudah pun mengaku dan meminta mohon kami dimaafkan,” akhiri mereka.

Published by
Rafiq Mazlan