“Kami Nak Sombong Apa? Mati Esok Semua Nak Lalui Yang Sama,” – Nourul Depp

Share

Penyanyi, Nourul Depp ada memberi reaksi terhadap individu yang mempunyai sikap riak dan sombong dalam diri.

Kongsi Nourul, dia turut ingati pesan ramai ketika awal dirinya mula ceburi dunia seni, nak akui tiada untung andai sombong pada orang lain.

“Dulu orang pesan, jadi artis nanti, dah famous jangan sombong. Kami marah kalau orang dok pesan lagu tu.

“Ni masa muda lah. Sebab mak pak kami tak ajaq sombong kat orang. Arwah berdua pun tak pernah sombong. So kita anak anak pun jadi ikutan.

“Sampai satu masa bila dah cerdik sikit, kami jawab pada yang selalu dok kata kami sombong. Kami kata kami nak sombong apa. Mati esok semua nak lalui yang sama,” katanya.

Nourul turut mendoakan agar dijauhkan sikap sedemikian yang hanya merugikan diri.

“Nak sombong ka, nak menipu orang ka, atau nak buat apa apa jahat atau pun yang baik; lalui yang sama.

“Semua akan mereput jugak. Lagipun Rasullullah tak suka orang yang sombong. Orang sombong ni rugi! Lebih sedih bila dia rasa macam dia nak hidup 1000 tahun. So dok ego situlah.

“Manusia ja kita ni. Semua serba kekurangan. Tambah ilmu yang kita boleh faham supaya tak datangnya bongkak, sombong dan tamak haloba.

“Minta dijauhkan sifat itu Untuk pedoman bersama. Semoga dimanfaatkan. Thank you @__servant__of__allah__ for sharing. And @ayu_ace,” tulisnya panjang lebar.

Bahagia harmoni bersama keluarga tersayang, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada Februari 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah.

Foto: Instagram Nourul Depp

Published by
Nazar Rafiqhi