Dua sahabat baik kepada pelakon Ruhainies iaitu Zahar dan Fyzal memaklumkan aktres berkenaan kini lebih banyak berdiam susulan kontroversi hangat yang turut membabitkan rakan artis, Aliff Aziz.
Menurut Zahar atau Ahmad Zahar, mereka juga menasihatkan Ruhainies agar tidak membaca komen di media sosial.
“Keadaan dia baik-baik sahaja dan dia tetap meneruskan komitmen kerja seperti biasa. Cuma apa yang kami perasan, dia kini lebih banyak berdiam.
“Kami sebagai rakan juga menasihatinya agar tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.
“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” kata mereka ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Shah Alam, pada Isnin.
Sementara itu, Zahar berpendapat, dia yakin Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak senonoh sebagaimana yang didakwa.
Ads
Malah kedua-dua mereka terkejut menerima perkhabaran Ruhainies ditangkap khalwat.
“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.
“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” ujarnya.
Sementara itu Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan tidak bersama di malam kejadian.
Ads
“Sebaliknya ada seorang lagi individu yang sepatutnyamenemani Ruhainies ketika itu.
“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu,” jelasnya.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota, pada 8 Mac lalu.
Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.
Ads
Aliff dan Ruhanies dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).
Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu.
Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz yang kini giat mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatan sendiri mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong.
Nur Nilam mengambil inistiatif dengan berniaga bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak dengan baik sehingga hari ini akibat kemalangan.
“Yang support perniagaan sos saya, terima kasih. Memang saya tak sangka bahawa kasih sayang Allah ini luas.
“Allah hantarkan kalian untuk bantu saya di saat saya tiada siapa-siapa. Terima kasih,” katanya menerusi hantaran video di TikTok, pada Khamis.
Menerusi hantaran berlainan, dia turut berkongsi proses untuk membuat sos yang diusahakan.
Malah Azlan dilihat turut tidak tidur bagi menemaninya isteri.
“Kita tengok big boss kita. Rasanya dia tidak tidur lagi ni. Dia tak boleh kalau bini dia belum tidur, dia pun tak akan tidur,” kata Nilam di dalam video terbabit.
Terdahulu menerusi laporan media, sos siam dijual dengan harga berpatutan.
“Alhamdulillah.. buat masa ini saya menjual sos siam yang saya buat sendiri dekat kampung. Apa sahaja kerja yang mendatangkan duit saya akan buat.
“Harga sos yang saya jual pun tak sampai RM30, Insya-Allah mampu milik.. jadi mana-mana yang nak rasa bolehla support. Rasa dulu, sebab ini buat sendiri,” katanya.
Pada 12 Oktober lalu, Azlan bersama Nilam terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan di Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Faye Kusairi atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon itu telah berkongsi berita gembira mengenai ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Azmi Hatta yang merupakan seorang pengarah terkenal.
“Sebab Hubs posted bekal dia that I made this morning sempena our 2nd year anniversary, I pun nak post jugak la cermin kocik yg dia belikan untuk I cermin diri I ketika bekerja. Hehe! Happy anniversary sayang.”
“Thanks sbb you sangat supportive in my sports, with my family and friends. Sudi jadi pit crew I bila I ada race (walaupun tak tau apa nak buat), sudi belajar dan training bersungguh sungguh dengan my dad (sebab nak kalahkan I tapi gagal).. process pengenalan kita masih baru tapi Alhamdulillah, I feel happy. Thanks for everything sayang @azmi_hata”tulinsya.
Terdahulu, Faye telah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 April 2017 dan setahun selepas itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Alif Azmi, 1 tahun.
Bukan main sweet lagi Faye dengan suami, siap buatkan bekal untuk suami sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Foto : Instagram Faye Kusairi dan Azmi Hatta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil, pada jam 3.27 petang waktu tempatan, Khamis.
Pele atau nama sebenar, Edson Arantes do Nascimento meninggal dunia akibat penyakit kanser kolon yang dihidapinya sejak tahun lalu.
“Mendiang meninggal dunia disebabkan pelbagai kegagalan organ akibat daripada penularan kanser kolon yang dikaitkan dengan situasi perubatannya sebelum ini,” kata kenyataan media yang dikeluarkan.
Pele telah menjalani rawatan kemoterapi sejak menjalani pembedahan mengeluarkan tumor pada September 2021.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan tulang belakang, pinggul, sakit lutut serta buah pinggang.
Sepanjang kerjayanya, Pele dianggap antara salah seorang pemain ‘Greatest of all Time’ (GOAT) malah dia merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang berjaya menjulang tiga kali trofi kejuaraan Piala Dunia.
Berita pemergian Pele turut diratapi bintang bola sepak generasi kini seperti Lionel Messi dan Cristino Ronaldo yang turut memberikan dedikasi khas buat mendiang menerusi laman Instagram masing-masing.
“Bersemadi dengan tenang,” tulis Messi ringkas beserta mengepilkan gambarnya dengan pemain legenda itu.
“Takziah kepada keluarga Pele. Mendiang akan terus dikenang oleh setiap peminat bola sepak seluruh dunia. Semoga bersemadi dengan tenang,” tulis Ronaldo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.