“Kami Ni Lebih Kepada Membantu, Tapi…,”- Keikhlasan Masa Buat Review Dipertikai, Ini Respon Datuk Fizz Fairuz

Share

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir peniaga dan usahawan yang dilihat sesuka hati mempersoal keikhlasan seseorang selebriti ketika mereka mempromosikan sesebuah produk.

Jelas Fizz, pakej review yang ditawarkan oleh setiap selebriti adalah berbeza tetapi dia juga sedia untuk bertolak ansur demi membantu para usahawan lebih-lebih lagi ketika zaman ekonomi tidak menentu ini.

Katanya lagi, usaha tersebut telah menyebabkan segelintir pihak berani untuk mengambil kesempatan dengan mendakwa review yang dia lakukan tidak ikhlas.

“Assalamualaikum, hari ini kita nak sembang sikit pasal satu benda yang kitaorang selalu buat iaitu review. Senang cerita macam ni, bila seseorang artis tu buat review, harga dia lain-lain can cara deliver juga lain-lain.

“Tak semua artis-artis yang buat review meletakkan harga yang sama. Ada yang tinggi dan ada juga yang rendah. Malah, ada juga yang boleh tolong-menolong.

“Tapi bagi pihak saya dan Datin Almy Nadia, kami ni lebih kepada membantu bila buat review. Tapi jangan pula ada yang ambil kesempatan bila kami dah buat review dengan harga yang agak boleh bertolak ansur,” katanya.

Kenyataan tersebut disuarakan oleh isteri kepada pelakon, Datin Almy Nadia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan IGTV.

Katanya lagi, tugas para selebriti hanyalah untuk mempromosikan produk manakala perkara selebihnya pula adalah di luar kemampuan mereka.

“Bila kami buat review, mungkin rezeki anda akan berlipat kali ganda kalau produk tu okay, sedap atau boleh jual. Kalau tak okay atau tak boleh jual, jangan mempertikai kerja orang lain.

“Contohnya kata ‘review awak tak bagus’, ‘cara awak review macam tak ikhlas’. Awak tahu ke kerja tu tak ikhlas atau tak betul? Cara awak bercakap tu macam awak pula tahu selama ni yang dia ni ikhlas, yang itu tak ikhlas. Salah tu.

“Jangan sesedap hati letakkan syarat ‘oh, awak kena buat dengan ikhlas’. Dah produk tu tak bagus atau tak sedap ke. Perkara itu semua tak jadi masalah. Janji di pihak artis itu mereka deliver apa yang mereka perlu buat.

“Mereka hanya menceritakan pasal produk supaya orang luar tahu apa yang korang jual. Itu sahaja,” jelasnya lagi.

Menurut Fizz lagi, apabila pihaknya sudah bertolak ansur dengan kadar bayaran yang dikenakan, dia sebolehnya tidak mahu ada isu yang berbangkit di kemudian hari.

“Orang dah bertolak ansur dan kalau nak yang betul-betul perfect, tak termampunya korang nak bayar. Anda tanyalah artis-artis lain yang harga boleh bawa berbincang ni. Memang takda.

“Ni kita masih boleh bertolak ansur anda pula banyak songeh macam anda pula bagus sangat. Benda-benda macam ni akan jadi effect juga bila kita nak tolong orang dalam keadaan sekarang ni tapi banyak pula songehnya.

“Pada saya, kalau korang nk betul-betul perfect macam ni harganya. Kalau anda nak saya tolong ini pula harganya tapi jangan cuba pertikai kerja orang. Cuba fikir balik sama ada kerja anda atau produk anda boleh atau tidak untuk dijual. Itu je,” akhirinya

Sumber: Instagram Datuk Fizz Fairuz

Published by
Aizam Manaf