Berderau melihat video yang dikongsi Farawahida menerusi laman sosial apabila kepala air muncul di tapak perkhemahannya di Kem Langsir.
Lebih menakutkan apabila penyanyi itu baru sahaja bermandi manda di kawasan tersebut setengah jam yang lalu.
“Dari kem Y, pokok meraga berlubang, bukit celcom, taman bonzai, peak Berembun, kem Langsir.
“Nak kata puas,puas juga la mandi kat kem Langsir ni,air dia jgn sembang la..memang jernih dan cantik gilossss…terjun2 dlm lesung yg mjadi pujaan ramai kan kan kan.
“Cuaca mendung dh time ni, kami org terakhir yg sampai dan terakhir mandi, sebaik malim yg jaga kami ni dia sentiasa ada utk kami..dgr je arahan dia,suh naik..naikla..mungkin dia lagi paham keadaan disitu.
“3 minit dr kem langsir tempat mandi tu, kami kembali d tapak khemah kem langsir,org terakhir juga makan..food paling sedap spjg join group ni, daging salai masak lemak belimbing, sambal blacan,ayam goreng..ulam2..perghhhh layan weih depan sungai..ujan mula turun dah, ada 2 org dr group lain g toilet…kami terus naik ke khemah..
“Dlm stgh jam..bunyi air sungai punya la kuat..dtg leader tanya setiap khemah..cukup tak org,kami alhamdullilah..selamat?..rupanya kepala air buat ptama kalinya utk tahun 2019 di kem langsir,patut dh tak bole letak khemah area2 pinggir sungai..tdk taktau la…masa ni kakak 2org yg g toilet tsadai di sebelah bukit sana,takpe…janji selamat,” tulisnya menerusi pengalaman mendaki di Chemerung, Gunung Berembun dan Langsir.
Turut berkongsi keindahan alam sepanjang aktiviti, ulasnya, tiada kata yang boleh menggambarkan perasaannya ketika itu.
“2 jam selesai air besar tu,tiba malam…nasi kambing weih ats gunung,3 ketoi daging sy minta extra..hahahah…lepas melantak, layan bintang sambil tbaring ats batu2 itew,malim yg baik bawa maik kopi…ni antara paling saya suka..ya Allah punya cantik..ada rezki dpt tgk bintang2 tu bgerak..sy cilok pic bintang ni dr sapa nth sb kamera sy tak leh detect bintang2 tu..sorry?, taktau nk crita cam mana keindahan ini..subhaNAllah memang cantik..jam 1230 apa lagi….ikutkan nk lepak lama,tp pikir sbb takut penat esoknya nk turun sbb direct trus kekaki gunung.”
Dalam seronok melakukan aktiviti, sama ada mendaki atau bermandi manda di sungai, jangan lupa aspek keselamatan. Maklumlah, malang tidak berbau.
Foto – Instagram Farawahida