Misteri kehilangan pelakon, Naya Revira akhirnya terjawab selepas pihak polis di Jabatan Sheriff Daerah Ventura mengesahkan bahawa mereka telah menjumpai mayat seorang wanita di Tasik Piru dekat Daerah Ventura, California, lokasi bintang siri TV Glee itu dilaporkan hilang.
Menurut Sherif daerah Ventura Bill Ayub berkata, mayat itu disahkan berdasarkan pakaian mangsa sewaktu insiden tersebut berlaku.
“Kami percaya itu mayat Rivera,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, jabatan polis tersebut turut berkongsi berita duka itu menerusi akaun Twitter mereka.
“The news conference has concluded. Sheriff Ayub has confirmed the body recovered at Lake Piru today was Naya Rivera.
“Our hearts go out to her family, friends and fans during this difficult time.
“An autopsy will be performed to determine the cause of her death,” tulisnya.
Bagaimanapun, setakat ini, pihaknya masih tidak menemui sebarang bukti menunjukkan bahawa kes tersebut mempunyai unsur jenayah.
Berita tersebut nyata menimbulkan rasa hiba di kalangan peminat di seluruh dunia.
Malah, namanya turut trending di media sosial selepas ramai yang menitipkan ucapan takziah seluruh ahli keluarga Naya.
Naya dilaporkan hilang pada 8 Julai 2020 dan dikuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya, Josey Hollis Dorsey yang berseorangan di dalam bot yang disewa mereka di tasik berkenaan.
Semalam, satu insiden menyayat hati berlaku selepas tular beberapa foto memaparkan bapa kepada Naya, George mengambil inisiatif sendiri untuk terjun ke dalam Tasik Peru untuk mengesan Naya.
Selain bapanya, difahamkan misi menyelamat itu turut disertai oleh bekas suami, Ryan Dorsey.
Dia sebelum ini mulai dikenali menerusi diri muzikal popular dunia, Glee.
Sumber: Twitter Ventura Co. Sheriff & AFP