Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mendedahkan hingga kini dia masih tidak dapat melupakan momen manisnya bersama arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah lebih-lebih lagi bila menjelang Syawal tidak lama lagi.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, meskipun pernah melalui fasa ekonomi turun naik sebelum ini, namun dia bersyukur kerana dikurniakan isteri yang setia di sisi.
“Momen hari raya yang paling diingati bila bersama arwah ketika saya mengalami fasa susah satu ketika dahulu. Saya pernah susah bersama-sama dengan dia. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tak berapa baik tetapi dia tak kisah.
“Pada ketika itu, saya tiada banyak duit. Nak beli baju, kuih raya dan beri duit raya pun kena kira-kira. Tapi dia tetap setia di sisi saat mengharungi fasa tersebut. Perkara ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya kepada MH.
Shuib ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ads
Pada majlis sama, turut disampaikan Platinum Award untuk lagu Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan And The Typewriter.
Dia yang dilihat tidak dapat menahan sebak turut berkongsikan pengalaman pertamanya menyambut kedatangan bulan Ramadan selepas pemergian isteri tercinta.
“Ketika menyambut Ramadan pertama, kebanyakan ahli keluarga berbuka di rumah saya kerana mungkin mereka tahu saya tengah bersedih.
Ads
“Sewaktu kami nak berbuka, pada ketika nak menahan rasa sedih, kebetulan saya ternampak sepinggan nasi di meja sebelah kiri saya yang biasanya menjadi tempat Sarah. Saya bertanya kepada abang ipar ‘Ni nasi siapa?’ dan dia menjawab ‘tak tahu’.
“Kami sekeluarga terus terkedu dan berpandang sesama sendiri. Dah la nasi tu ada tapi kerusinya kosong. Saya merasakan seperti ‘kita’ sedang berbuka puasa sekali. Mungkin kami dah terbiasa dengan situasi sebegitu sebelum ini.
“Bila perkara ini terjadi, nak tak nak saya tetap kena lalui juga. Perasaan sedih tu mesti ada. Menangis pun dah biasa sangat. Tapi tak mengapalah, saya niatkan setiap titisan air mata ini, semoga Allah angkat sebagai penghapus dosa dia,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, Shuib dan Sarah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerana terlalu merindui arwah anaknya, penyanyi senior Azian Mazwan Sapuan memberitahu telah bermimpi bertemu dengan arwah anaknya, Mohd Aqil Zulkarnain.
Kongsi Azian, ini merupakan kali pertama dirinya mimpikan arwah Aqil selepas 305 hari meninggal dunia.
Pada masa yang sama, Azian turut menzahirkan rasa rindu dengan berkongsi foto Allahyarham di akaun Instagram.
“Salam Jumaat yg barakah..Nak share jgk..
Malam jumaat..buat pertama kalinya saya mimpikan Arwah anak selepas ‘dia’ dijemput yg maha Esa.
“Selepas 305 hari baru mama mimpi Aqil.. Mama rindu bau semalam Qil, x dpt cium tp bau je, wajah dr tepi je tp jelas & dekat.. mcm ni lah wajah yg sy rindu tu..dia diamm je, lawa, putih, senyum..
“Tasya pun ada,mcm biasa kkeppit dgn mama. Dr pagi airmata ni keluar tiba² je x kira waktu, airmata gembira,rindu.. Terima Kasih Allah
“Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa a’fihi Wa’fu an’hu Allahyarham Mohd Aqil Zulkarnain,” tulisnya.
Nampaknya, single terbaru yang menampilkan nyanyian secara trio dari Datuk Seri Aliff Syukri, Sajat dan bintang Indonesia, Lucinta Luna menjadi buah mulut ramai.
Meski ada yang kecam dan memberikan komen sinis terhadap lagu berkenaan, namun sudah ada beberapa selebriti yang sudah pun melakukan parodi terhadap lagu berkenaan.
“Bobo xde Coco ada,” tulisnya ringkas.
Terbaru, bintang Insta King Coco ada memuat naik video tariannya menerusi lagu berjudul Bobo Di Mana itu.
Meski ruangan komen ditutup, namun video yang dimuat naik sejak semalam itu sudah pun mendapat tontonan lebih 70,000 kali daripada netizen.
Sebelum ini, penyanyi Shiha juga ada cuba menyanyikan lagu sama hingga mencuit hati netizen menerusi Instagram awal Ogos lalu.
Penyanyi Tasha Manshahar memohon doa orang ramai mendoakan kesembuhan buat kedua ibu bapanya yang telah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Tasha bagaimanapun memaklumkan, ibunya, Herina Wong Abdullah kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, sementara bapanya, Mohd Manshahar berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Tasha mendedahkan paru-paru ibunya mengalami jangkitan selain tahap kandungan Oksigen di dalam badan juga merosot.
Lalu, ibunya terpaksa dikomakan untuk memberikan bantuan pernafasan sehingga keadaan tubuh kembali stabil.
“Sebenarnya tidak menjangka langsung akan sampai jadi tahap macam ni. Dia (ibu) kelihatan sihat ketika mula-mula dimasukkan ke wad. Apa-apa pun, kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah.
“Sebab itu saya minta sangat-sangat doa semua. Doakan senjata oranf mukmin. Mummy pun kena kuat semangat,” tulisnya.
Dia pada masa sama, turut menzahirkan ucapan kasih kepada atas doa semua pihak dan mengakui memerlukan motivasi untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor Hollywood, Demi Moore, diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2025 oleh majalah antarabangsa People, susulan kejayaan cemerlangnya menerusi filem The Substance.Pelakon...