Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia sudah pun menyelesaikan isu perselisihan faham yang berlaku di antaranya bersama rakan pelakon, Datuk Aaron Aziz.
Menurut Sharnaaz, dia dan Aaron memilih untuk berdamai dan enggan lagi memanjangkan isu yang pernah berlaku.
“Kami hormat antara satu sama lain dan sudah capai kata sepakat. Kami sudah selesaikannya dengan cara yang baik. Tak perlulah bertanya lagi apa yang berlaku.
“Saya pun tak perlu nak berbalas video di media sosial. Saya dan Aaron mengambil langkah yang lebih bijak untuk terus berjumpa dan selesaikan apa yang patut.
“Kita habiskan semuanya dan tak perlu panjang cerita lagi,” katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Jumaat.
Pada masa sama, Sharnaaz menyifatkan perselisihan faham seperti ini sebagai hal normal dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan mereka.
“Walaupun ada ketika saya geram dengan Aaron, itulah lumrah bila kita bergaduh. Takkan nak bercium pula. Ketika itu, dua-dua tengah panas dan saling tak puas hati.
“Lelaki memang kena bergasak sikit. Baru kita akan okay. Bila sudah berjumpa, kita selesaikan dengan cara yang sangat baik.
“Lagipun, kita masih menyambut hari raya. Kita tutup buku,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga ini berharap agar semua pihak tidak memenjangkan lagi isu ini dan berhenti menjadi batu api.
“Jadi, saya harap semua pihak faham dengan situasi ini. Saya rasa masalah ini sudah selesai diantara saya dan Aaron serta pihak-pihak yang terlibat.
“Saya rasa orang lain tak perlu lagi nak mengapi-apikan kami. Kami hormat antara satu sama lain lebih-lebih lagi dia lebih senior daripada saya.
“Ketika berlakon filem Original Gangster, saya rasa diri ini kecil sangat berbanding Aaron. Tapi biasalah, ada orang yang mencucuk kami dan menjadi batu api.
“Saya sedar kesilapan saya dan Aaron pun kini sudah tahu apa yang saya marahkan. Dia lagi tua dari saya sudah tentu saya kena hormat,” akhirinya.
Semalam, Aaron meluahkan rasa berang terhadap Sharnaaz kerana didakwa bercakap buruk mengenai dirinya ketika sesi siaran langsung di media sosial.
Perselisihan faham mereka dipercayai susulan beberapa isu yang berlaku sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharu, Original Gangster arahan pengarah, Syamsul Yusof.
Disebabkan kemelut ini juga, nama Aaron dipercayai telah digugur daripada membintangi filem tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad & Aaron Aziz