Pelakon, Zulin Aziz mendedahkan dia dan suami sering kali dihujani soalan mengenai cahaya mata meskipun usia perkahwinan mereka baru memasuki sepuluh bulan.
Bagaimanapun, Zulin memaklumkan dia dan suami percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang jauh lebih baik.
“10 bulan usia perkahwinan kami. Asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak. Kami pun macam pasangan yang lain. Pastinya inginkan zuriat.
“Kami tak pernah berhenti berusaha,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Cekelat Semanis Honey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Kongsinya lagi, dia dan suami sering kali mengisi waktu yang terluang dengan berbulan madu bagi mengeratkan lagi hubungan.
“Mohon doa yang baik-baik buat kami ya. Penantian harus ada kesabaran kan.
“Sebab itu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama-sama,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Zulin supaya mengendahkan sahaja kata-kata negatif daripada orang sekeliling.
“InsyaAllah Allah tahu yang terbaik. Masanya akan tiba. Enjoy dating dulu ye.
“Baru sepuluh bulan. Kenapa mereka kalut sangat suruh ada anak. Tak tahu ke orang nak sweet-sweet together dulu. Manusia sekarang tak pernah puas.
“Abaikan kata orang. Enjoy your life. Honeymoon dulu. Ada rezeki anak nanti ada lah.
“Netizen ni memang sibuk tanya bila nak ada anak. Orang kahwin mestilah nak anak. Semua itu rezeki dari Allah. Tak perlu tanya soalan macam tu.
“Jangan pedulikan soalan orang. Saya pernah merasainya. Manusia sentiasa tak puas,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zulin Aziz