Pasangan pelakon, Harris Annuar dan isterinya, Asha Merican yang selamat bergelar suami isteri pada Sabtu akui memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hubungan yang terjalin sebelum ini.
Menurut Harris, adalah lebih baik untuk bersederhana selagi ikatan sah belum terpatri.
“Tidak dinafikan sepanjang empat tahun ada ‘turun dan naik’ dalam bercinta. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
“Jujurnya sebelum ini kalau keluar ‘dating’ saya akan pakai topi selain tidak terlalu mendedahkan mengenai perhubungan ini.
“Kalau kongsikan pun, hanya kepada rakan rapat sahaja. Sebab kita pun tak tahu perhubungan akan menjadi atau sebaliknya. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukan. Rasanya lebih baik untuk diam terlebih dulu.
“Tak mahu nanti andai ia tidak menjadi, jadi isu lain pula. Syukur dalam tempoh itu hubungan ini akhirnya ke gerbang perkahwinan,” katanya sejurus majlis respesi yang berlangsung di Magica Hall StarAvenue Subang, malam tadi.
Terdahulu Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar dan Asha selamat diijab kabul kira-kira pukul 4 petang Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.
Ads
“Bagi saya, Harris lelaki yang baik. Sukar untuk bertemu dengan lelaki seperti Harris. Jujurnya dalam tiga atau empat kali juga dia nyatakan hasrat untuk berkahwin.
“Kali terakhir ketika dia bertemu ahli keluarga saya di kampung. Saya tengok pada caranya dan dia sudah ketika itu dia betul-betul bersedia. Seterusnya saya terbuka hati,” kata Asha.
Sementara itu, baik Harris dan Asha, masing-masing akui selesa dengan gelaran anak emak meski memasuki fasa baharu hidup berumah tangga.
“Saya tahu Harris memang anak mak, begitu juga dengan saya. Kami sama-sama anak mak dan manja. Ibu Harris memang sayangkan anaknya pada masa sama juga dia sayangkan saya,” kata Asha.
Ads
Harris pula akui kehadiran Asha melengkapi hidupnya memandangkan wanita itu digambarkan sebagai seorang periang.
Ditanya soal bulan madu, Harris yang juga peserta Hero Remaja 2017/18 menambah, mereka akan menyelesaikan tugasan masing-masing terlebih dulu sebelum meluangkan masa indah bersama.
“Saya akan terlibat dengan sebagai pengacara sebuah rancangan di Astro Oasis manakala Asha bakal menjalani penggambaran drama lainnya.
“Selesai tugas kami akan rancang untuk mengerjakan umrah pada bulan Ogos sebelum sambung bercuti ke Switzerland, InsyaAllah,” kata Harris.
Pasangan sama cantik sama padan ini juga tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki zuriat.
Ads
“Kami serahkan kepada rezeki Allah. Kalau boleh saya mahukan anak yang ramai dan sudah bersedia,” katanya lagi.
Sekadar info, Harris ialah anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton, sementara Asha pula Asha pernah membintangi barisan tele-filem, antaranya Rindu Yang Terlarang di Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak salah bersiap sedia menghadapi hari kematian. Jelas pengacara Iesya Toh, adalah lebih baik andai menempah tanah kubur sebagai persediaan kerana mati tidak mengira waktu, jika ajal sudah menjemput.
Walau bagaimanapun ulasnya lagi menerusi Instagram, tanah kubur di Jannatul Baqi tidak mampu dibeli hatta seorang jutawan.
“Honestly kalau boleh tempah kubur siap-siap adalah lebih elok dan bersiap sedia. Mati itu anytime tapi jutawan man pun takkan boleh beli tanah di Jannatul Baqi’.
“Betapa semua umat Islam menginginkannya,” kongsi pengacara itu.
Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemelut antara pelakon Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau Nourish kini kian pulih.
Nabila atau mesra disapa Abil ketika ditemui MH mengakui dia sebolehnya mahu membuang perasaan egonya.
“Kami (Abil dan ibu tiri) boleh dikatakan ada ego masing-masing.
“Saya nak dia yang mulakan dulu untuk cakap ‘maaf’ sebab sebelum ini saya yang selalu cakap sedemkian,” kata Abil terus terang.
Tambahnya lagi, dia mahukan hubungan mesra dengan bapa, Amy Search kekal berkekalan hingga bila-bila.
“Saya tak nak benda ini berpanjangan.Saya nak habiskan masa dengan papa sampai hembusan nafas terakhir.
“Walaupun saya gembira dengan kehidupan sebelum ini, tapi kalau saya berterusan bermasam muka sampai bila kan?
“Malah, keluarga adalah orang paling penting dalam hidup kita,” jelas Abil.
Dalam pada itu, Abil turut meminta doa ramai agar hubungan kekeluargaannya dipenuhi dengan kasih sayang.
“Saya rasa dengan doa orang ramai dan doa papa membuatkan saya rasa lega dan mahu cuba untuk lupakan apa yang pernah terjadi antara saya dengan dia (ibu tiri).
Dalam perkembangan lain, Nabila dan Nabil Ahmad akan menggalas tugas sebagai pengacara bagi program realiti Muzikal Lawak Superstar bermula Jumaat ini di Astro Warna.
Program tersebut akan memulakan saigannya Jumaat ini!
Pelakon Nadhir Nasar mengakui masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini, personalitinya cukup dekat dengan gadis Cik Siti Wan Kembang.
Nadhir berkongsi mengenai perkara itu sebagai mengulas sepotong videonya yang spontan bercakap mengenai soal jodoh di aplikasi TikTok yang tular, baru-baru ini.
“Buat masa sekarang, saya masih menggunakan perkataan ‘mencari’ (jodoh). Tahun depan usia saya sudah 30 tahun. Betul, masih (mencari wanita Kelantan).
“Entahlah, saya rasa wanita Kelantan ini ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya,” katanya.
Menurut Nadhir, salah satu sebab utama dia menyukai wanita Kelantan kerana kebanyakannya pandai memasak.
“Saya ada ramai kawan asal Kelantan, baik perempuan atau pun lelaki. Jadi bagi saya yang membesar di Perak, perbezaan budaya antara kedua-dua negeri ini sebagai sesuatu yang menarik.
“Malah sebenarnya, saya ini pun penggemar budu. Itu sahaja,” seloroh Nadhir ketika ditemui di Sesi Meet & Greet Bulan Bintang di StarHill Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Selain Nadhir, duta jenama tersebut seperti Shukri Yahaya, Mierul Aiman dan Syafiq Kyle turut hadir memeriahkan acara.
Kempen ini berlangsung dari 12 hingga 23 Mac dan menampilkan ‘pop-up store’ serta pameran khas bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama fesyen terkenal itu.
Cabaran Mencari Pasangan
Dalam pada itu, kesibukan jadual kerja yang padat menjadi cabaran utama buatnya dalam mencari pasangan serasi.
“Bulan lepas saja saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga dengan bulan ini saya ada masa berehat sekitar dua hingga tiga hari saja.
“Saya akui untuk menjadi kepunyaan seseorang pada masa sekarang agak susah, tapi saya percaya individu itu ada, cuma belum jumpa lagi,” ujarnya yang bersangka baik, jodohnya akan tiba pada waktu yang tepat.
Mengulas mengenai spekulasi yang kononnya dia sebenarnya sudah mempunyai teman istimewa, Nadhir menafikan perkara tersebut.
“Saya akui ada ramai yang membuat spekulasi saya sedang mempunyai hubungan dengan seseorang, jujur saya okey saja. Cuma privasi tetap menjadi keutamaan saya.
“Kadang benda itu tak betul hingga menjejaskan kedua-dua pihak. Cuma untuk saya, spekulasi itu tak betul,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...