Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.

Genap setahun pemergiaan pelakon dan model asal Malaysia itu, Bunga (BCL) menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ada menitip kata indah buat insan istimewa yang telah pergi selamanya.

Sambil menzahirkan rasa rindu, bintang ini turut reda atas apa yang telah tertulis.

“Hey Daddy, its been a year since you’re gone. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.

IKLAN

“We r coping. So, dont worry about us. Have a wonderful life there. We miss u,” tulisnya.

“Kami Rindu,” – Setahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Foto BCL Peluk Erat Anak Di Pusara Buat Ramai Syahdu

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tersentuh melihat foto yang dikongsi, seterusnya meninggalkan kata semangat agar penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu terus kuat dan tabah.

IKLAN

“Kami Rindu,” – Setahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Foto BCL Peluk Erat Anak Di Pusara Buat Ramai Syahdu “Kami Rindu,” – Setahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Foto BCL Peluk Erat Anak Di Pusara Buat Ramai Syahdu “Kami Rindu,” – Setahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Foto BCL Peluk Erat Anak Di Pusara Buat Ramai Syahdu

Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.

IKLAN

Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI