“Kami Rindu,” – Setahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Foto BCL Peluk Erat Anak Di Pusara Buat Ramai Syahdu

Share

Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.

Genap setahun pemergiaan pelakon dan model asal Malaysia itu, Bunga (BCL) menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ada menitip kata indah buat insan istimewa yang telah pergi selamanya.

Sambil menzahirkan rasa rindu, bintang ini turut reda atas apa yang telah tertulis.

“Hey Daddy, its been a year since you’re gone. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.

“We r coping. So, dont worry about us. Have a wonderful life there. We miss u,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tersentuh melihat foto yang dikongsi, seterusnya meninggalkan kata semangat agar penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu terus kuat dan tabah.

Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Published by
Nazar Rafiqhi