Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah pun meraikan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Mohamad Ayden Adrean yang ketiga.
Bertemakan ‘Astronaut’, majlis berlangsung cukup meriah dengan para tetamu yang hadir meski tanpa bapanya di sisi, penyanyi Aliff Aziz.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar, bintang yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Tenang itu turut berterima kasih kepada kelab peminat Aliff Aziz atas tajaan kek dan hadiah buat permata hatinya itu.
“STILL CANT BELIEVE you’ve already turned 3. Alhamdulillah, Hope you enjoy the “astronaut-themed” birthday party mommy plan for you (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee).
Ads
“P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis. By the way, we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy. @iamaliffaziz,” tulisnya.
Serentak dengan itu, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat Ayden selain mendoakan agar proses bersalin anak kedua Bella dipermudahkan.
Terdahulu menerusi platform sama, Bella turut mencoretkan dedikasi istimewa buat anaknya itu.
Bersempena program Jelajah Bola Sinar di Kelantan hujung minggu lalu, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersyukur kerana sempat menziarahi pusara agamawan dan tokoh politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkhuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama lengkap Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37 ini memaklumkan dia sebenar sudah lama berhajat untuk menjejakkan kaki di tempat bersejarah tersebut.
“Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yang disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya.
Ketika di pusara, Jep yang turut ditemani rakan pelawak, Rahim dan Ilya turut dilihat meluangkan masa untuk bertafakur dan manjatkan doa buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Pada masa sama, suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga sempat melawat masjid yang dibangunkan oleh arwah Tok Guru sambil disertai oleh anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan menzahirkan rasa sayu dan meluahkan rasa rindu terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz.
“MasyaAllah, hayat dan kematiannya. Kesederhanaan yang terpapar. Insafnya rasa.
“Alhamdulilah, masih ada artis yang cintakan ulamak. Semoga hidup kita menjadi satu keberkatan di dunia dan akhirat.
Penyanyi yang juga isteri kepada Datuk Ramli MS, Datin Alyah ada memuat naik beberapa kapsyen yang mengundang 1001 pertanyaan menerusi Insta Stories.
Penyanyi Jutaan Purnama itu memuat naik kenyataan tersebut sejak awal malam tadi. Insta Stories Alyah antara lain memaklumkan, dia penat untuk menjadi pura-pura bahagia.
“Pura-pura bahagia itu PENAT,” tulis Alyah.
Sementara menerusi foto Instagram, Ayah ada memuat naik gambar awah bapanya dengan kapsyen;
“Klu Apak Masih ada tentu Tak akan ada orng nak Main mainkan Aku…,” maklumnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kepada siapakah status berkenaan ditujukan. Apapun, harap semuanya boleh diselesaikan cara baik ya Datin. Jangan putus doa ya.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan kemenangan suaminya, Aliff Aziz di Gegar Vaganza 8 (GV8), pada Ahad lalu bukanlah untuk menutup mulut netizen yang mengkritiknya sepanjang konsert.
Sebaliknya, Bella menyifatkan ia sebagai rezeki dan ganjaran buat Aliff yang berusaha memberikan yang terbaik selama 10 minggu dalam saingan.
“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti… jangan layan netizen.
“Tapi saya beritahunya… saya nampak awak punya usaha. Kita tak suka bila orang cakap Aliff anak emas Astro. Saya tak suka sebab saya tahu, kita dekat sini struggle macam mana,” katanya.
Bella pada masa sama turut memberikan reaksi apabila sebelum ini ada yang memberikan menganggap lagu-lagu yang dipersembahkan Aliff adalah yang senang belaka.
“Ada orang cakap lagu Aliff senang. Pada diaorang mungkin senang, tapi tidak bagi Aliff. Dia perlu menari sambil menyanyi, low note dia pun selalu kena tegur. Jadi kita cuba perbaiki.
“Ada juga orang tak tahu, misalnya minggu bahasa kita ‘fight’ untuk lagu Tagalog, tapi tak dapat sebaliknya dapat lagu bahasa Melayu. Kita tak tahu nak jelaskan macam mana.
“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita.
“Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki hari ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia. Untuk diri dia juga, alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Malam kemuncak GV8 telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.Menurut jurucakapnya, Harlan...