Demikian kata kumpulan baharu, The Sara Sisters mengenai imej yang ditampilkan mereka.
Meski dilihat pernah muncul berani menerusi persalinan yang dipakai, namun adik beradik yang terdiri daripada Jasmin, 27, Sara Alia, 22, Sara Aqila, 21, dan Sara Qaleesya, 20, ini menyifatkan seksi sebagai sesuatu yang subjektif.
Malah mereka akui sudah pun tampil dengan imej sedemikian sejak dulu, bukan kerana ‘kejutan budaya’ apabila terjun secara serius dalam bidang seni semata-mata.
“Kami sejak dulu memang macam ni. Bukannya ‘culture shock’ terus pakai macam ni. Bagaimanapun tidak lah sepanjang masa kami begini dan bukan kerana nak popular, kena seksi. Tidak begitu.
“As long as kami jadi diri sendiri. Malah kalau ke mana-mana sekalipun, kami akan ditemani ibu,” kata kakak sulung, Jasmin kepada MH.
Ads
The Sara Sisters ditemui pada Majlis Pelancaran Absolut Music Fest di The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas mengenai kecaman yang diterima terutamanya di media sosial, mereka lebih senang untuk mengambilnya dari sudut positif demi perbaiki diri.
“Ada ketikanya kami baca dan balas juga. Cuma kalau respon yang diberikan itu negatif rasanya biarlah terhenti di situ, tak perlu nak lawan. Sebab kalau kita jawab, ia mungkin akan jadi perdebatan dan salah faham.
“Ada juga yang mengatakan kami jual muka berbanding bakat. Akan tetapi baik komen positif atau negatif itu kita ambil dan cuba perbaiki. Mulut orang, mereka boleh bercakap apa sahaja. Mana yang elok tu kita ambil dan pada masa sama cuba buktikan kemampuan diri,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai penerimaan keluarga susulan imej, The Sara Sisters yang kini muncul dengan single sulung, Stars, ada jawapan sendiri.
“Ibu bapa mana yang tidak akan menegur anaknya demi kebaikan. Macam kami sudah besar, buat keputusan sendiri. Cuma selagi ia tidak melebih-lebih dan ibu tahu apa yang kami lakukan.
“Kami pun tak nak berpura-pura. Misalnya depan kita ‘tutup-tutup’, tapi di belakang lain pula,” kata Jasmin.
Ads
Dalam pada itu, Absolut Food Festival anjuran Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan kerjasama bersama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Konsert selama tiga hari itu bermula pada 4 hingga 6 Nobember depan turut menampilkan 18 penyanyi terkenal antaranya SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Bertemakan festival terbuka ataupun ‘outdoor concept’, festival ini diadakan bagi menyemarakkan lagi industri acara di negara ini.
Tidak hanya menumpukan pada festival musik sahaja, ia akal dimeriahkan dengan lebih 110 peniaga kecil dan sederhana selain penampilan 50 ‘influencer’ dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai umat islam, sudah semestinya kita tidak boleh lupa kepada rukun iman yang ke-3 iaitu membaca kitab suci Al-Quran.
Pelakon, Norman Hakim merupakan duta kepada program World Quran Hour tahun ini dan dirinya turut sedar dalam menyampaikan mesej buat senua agar terus mencintai kitab suci Al-Quran.
Norman ketika ditemui pada program World Quran Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor, pada Khamis memberitahu, dia gembira atas sambutan yang diberikan untuk projek murni ini berbanding tahun sebelumnya.
“Saya selaku duta Quran Hour dapat melihat sesuatu perubahan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas.
“Jadi pada saya ini adalah sesuatu yang perlu sama-sama kita meraikan dan kita sokong dan saya mengalakan atau mengajak kepada semua sama-sama untuk mencintai Al-Quran, supaya kita sentiasa dibarakahi oleh Allah S.W.T, kehidupan kita duniawi dan ukhrawi,” katanya kepada MH.
Di samping itu, pelakon berusia 43 tahun itu juga berharap ramai rakan selebriti untuk tidak bersikap mengabaikan kitab Al-Quran.
“Saya tidak layak untuk menasihati sebenarnya tapi saya berharap ia akan membuka lembaran baru kepada bukan setakat keluarga terdekat, tapi masyarakat di luar sana dan bersama sekali dengan rakan-rakan selebriti yang lain.
“Mungkin mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengwar-warkan, tetapi saya mengambil ini sebagai satu platform dakwah kecil untuk menyampaikan seterusnya mempelawa ramai untuk sertainya.
“Tapi saya rasa kalau lebih ramai selebriti yang terlibat, maka lebih besar dakwah yang kita boleh capai,” kata Norman kepada MH.
Berkongsi sebuah kisah tular di laman Instagram miliknya, Fedtri Yahya menegaskan supaya golongan ibu bapa tidak melibatkan nyawa anak dalam memperjuangkan kejahilan diri.
Jelasnya, segelintir golongan ini salah faham akan konsep ilmu, tawakal dan reda.
“Terjumpa perkongsian ni. Kasihan pada petugas perubatan. Sudahlah kerja banyak, nak melayan golongan degil macam ni lagi. Kalau nak mati, matilah sorang… jangan libatkan nyawa anak. Jangan jual nama agama untuk perjuangkan kejahilan diri. Macam lelaki yang jumpa hari tu. Isteri sarat. Tak pernah check up. Cukup makanan sunnah dan yakin bantuan Allah saja katanya🤨 Salah faham konsep ilmu, tawakkal dan redha. Perubatan juga ilmu Allah makcik pakcik #antivaksin oiii
“Duduk negara Arab lama. Balik-balik, anak asyik sakit je. Tak halalkan ubat moden ke tubuh anak-anak. Neneknya pun pening,” tulisnya.
Terdahulu, kisah seorang bayi yang baru dilahirkan di mana kedua ibu bapanya menolak untuk rawatan kuning telah mencetuskan kontroversi di laman sosial. Rata-rata netizen menyelar tindakan ibu bapa yang dianggap mementingkan diri sendiri dan membahayakan nyawa anak.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemunculan pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dalam rancangan komedi Sepahtu Reunion malam tadi cukup menghiburkan penonton.
Tiara mengakui bahawa dia berasa gemuruh apabila berlakon secara langsung bersama barisan pelawak popular itu.
“Siapa sempat tengok Ibu Tiaraningsih pemilik Warung Wesmangan dalam #SepahtuReunion tadi..
“Nervous gila tau, dah lama tak keluar TV ni. And I’ve never done comedy before, wasn’t sure what to even expect? Anyway thanks ya @astromalaysia @sepahtureunionliveofficial mengundang saya malam ni. I had so much fun!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tiara yang sinonim dengan watakPuteri Gunung Ledang (2014) berasa teruja dapat bergandingan dengan pelawak hebat seperti Jep,Illya,Shuib dan Rahim.
“First time jumpa dengan @rahimr2 @jepsepahtu @illya_senario @shuibsepahtu.
“First time berlakon komedi setelah 20 tahun (last sekali Pi Mai Tang Tu zaman purba dulu). Nervous gila sepanjang hari, tak boleh fokus kerja di ofis tadi!,” tulisnya.
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...