Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini menerusi jenama Rizman Ruzaini mendedahkan hubungannya bersama aktres, Nur Fazura tiada sebarang masalah, namun hanya sedikit renggang disebabkan kekangan komitmen kerjaya masing-masing
Malah, situasi mereka juga kini sudah pun berbeza memandangkan masing-masing telah pun mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.
“Sewaktu perjalanan ketika kami bujang dulu lain, jadi apabila kami berdua dah masuk ke fasa perkahwinan tambahan pula bila dah ada anak semuanya berubah.
“Tidak dinafikan, dulu banyak orang nampak kami selalu meluangkan masa bersama.
“Tetapi sekarang tidak lagi sebab kami semua sudah berkeluarga, dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Macam kami berdua sekarang sejujurnya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga dan perniagaan sahaja,” kata Rizman.
Ruzaini menambah, hubungan persahabatan bersama Fazura masih baik dan sama sekali tiada perselisihan yang berlaku antara mereka.
Ads
Katanya lagi, mereka beranggapan timbulnya perkara sedemikian mungkin oleh kerana ada segelintir pihak yang membuat andaian dan spekulasi tidak berasas.
“Sejujurnya, hubungan kami berdua tiada masalah dan masih baik sehingga ke hari ini.
“Malah, tidak pernah ada pergaduhan antara kami berdua.
“Pada kami, mungkin timbulnya perkara ini oleh kerana spekulasi atau andaian segelintir pihak di luar sana,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun koleksi hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Ads
Terdahulu, ada netizen mendakwa hubungan Fazura bersama Rizman serta Ruzaini kian renggang disebabkan aktres berkenaan tidak kelihatan di beberapa majlis yang melibatkan pereka fesyen itu atau majlis lain yang dianjurkan Rizman dan Ruzaini kebelakangan ini.
Sementara itu, bersempena meraikan ulang tahun pertama koleksi hijab mereka, Rizman Ruzaini telah melantik tujuh selebriti iaitu Ziana Zain, Aina Abdul, Izara Aishah, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya sebagai ‘muse’ koleksi tudung berkenaan.
Menurut Rizman, mereka yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama tersebut.
“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti tanah air. Bukan soal hubungan baik sahaja, namun bagaimana golongan ini juga mampu memberi impak yang baik terhadap jenama Rizman Ruzaini.
Ads
“Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR Mono Scarves ini adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan jenama Rizman Ruzaini kekal relevan dalam industri fesyen negara.
“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung ini, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.
“Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama kami diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan para selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan jenama kami menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rizman Ruzaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan isterinya, Anis Sofea, 21, belum lagi hamil sekaligus menepis dakwaan sesetengah netizen.
Haqiem, 26, bagaimanpun meminta agar mendoakan yang baik-baik.
“Belum, masih menunggu rezeki (Anis hamil). Dalam tempoh setahun dia ini, apa yang boleh saya cakap kami masing-masing dalam proses memperbaiki diri.
“Maksudnya, cuba untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik. Faham tanggungjawab dan sebagainya, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Haqiem tidak menolak rezeki sekiranya mereka dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
“Apapun, kami tidak menolak kalau ada (rezeki zuriat). Tidaklah merancang, saya dan isteri terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang bakal muncul dengan jenama persalinan Baju Melayu, Sulam Benang ini berkata demikian pada Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Selain Haqiem, antara barisan penyanyi yang turut terlibat dalam siri jelajah berkenaan ialah Floor 88, Amir Masdi, Syamel, Ernie Zakri, Ramlah Ram dan ramai lagi.
Terdahulu, ada peminat sebelum ini mendakwa Anis berbadan dua selepas figuranya yang seolah-olah menampakkkan ‘baby bump’ menjadi tular.
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafriel dipuji wargamaya apabila bintang ini kini pasangan niat untuk terus istiqamah dengan melunaskan bayaran zakat setiap bulan.
Jika dulu hanya setahun sekali, kali ini pelakon Cari Aku Di Syurga ini memanjat rasa syukur kerana usahanya dipermudahkanNya.
“Bertambah rezeki yang ALLAH kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk ‘membayar’ hak dan tanggung jawab diri dan perniagaan kita untuk saudara2 seiman.
“Alhamdulillah dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali. Moga saya istiqomah. Doakan kami.
“Semoga pada yang berkemampuan dan berniaga, mari bersama-sama kita nekad terus-terusan melaksanakan zakat perniagaan dan peribadi kita,” tulisnya menerusi kapsyen yang memuatkan foto terkait.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...